3.4.11

Kemusykilan Tentang Kitab Ihya Ulumiddin

Kemusykilan tentang Kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali

Salam ustaz. Apa pandangan ustaz tentang hadits-hadits maudhuk dalam kitab Ihya imam al-Ghazali?

Mengapa Ihya masih popular dan relevan hinga kini walaupun terdapat hadits-hadits dalamnya yang maudhu?. Mengapakah ahli tasawuf hanya beramal dengan hadits mauduk?.

Ustaz ada mengajar atau belajar tak ilmu hadits masa dipondok. Maaf ustaz bertanya hal peribadi sikit. Syukran jazakumullah.


Jawapan al Ustaz:

Kenapa masih relevan walaupun ada hadits-haditsnya yang maudhu?

Jawapan : Cara susunan karangan Ihya sahaja sudah cukup menjadi jawapan.

Mula-mula Imam Ghazali akan memulakan dengan ayat-ayat Al-Quran sebagai asas “Tajuk-tajuk perbincangan” yang dibincangkan. Kemudian diiringi hadits-hadits sahih yang mutawatir, jika ada. Kemudian hadits sahih yang ahad, kemudian yang hasan jika ada, kemudian dhaif jika ada, kemudian yang ikhtilaf kedhaifannya- jika ada, kemudian yang ikhtilaf maudhu’nya -jika ada, kemudian yang semata-mata maudhu,.. tetapi maknanya sahih sebab sama maknanya dengan dalil-dalil yang terdahulu samada sama makna Al-Quran atau hadits-hadits sahih atau hadits-hadits hasan atau atshar yang sahih atau dhaif. Sebab hadits dhaif apabila banyak turuqnya yang berlain-lain tetapi sama kandungan maknanya maka ternaik kepada hasan ligairihi, begitu juga hadits-hadits maudhuk apabila ada turuq yang selainnya yang sekalipun dhaif maka ternaik kepada martabat hadits munkar ” wal munkar min qibalil dhaif”- munkar itu dari pihak dhaif. Maka dhaif dan maudhu’ adalah dua perkara yang berlainan. Ibarat langit dengan bumi jauhnya.. bahkan jauh lagi.

Ringkasnya, setiap tajuk yang Imam Ghazali bincangkan dan bahaskan dalam Ihya adalah sahih maknanya dan benar sebab merupakan isi kandungan Al-Quran atau hadits-hadits sahih itu sendiri , sementalahan Imam Ghazali pula merupakan imam mujtahid yang BERKELAYAKAN MENGALI MAKNA2 AL-QURAN, sekalipun beliau sebut atau dibawakan juga hadits-hadits yang terjadi pertikaian atau ittifaq kedhaifan atau maudhu’nya.

Ana nak tanya antum .. mana dapat, semua hadits-hadits dalam Ihya adalah dhaif atau maudhu’ dan ahli tasawuf hanya beramal dengan hadits maudhu’ dhaif?. Kalau dalam ittihaf syarah Ihya, biasanya Al- Zabidi seboleh-bolehnya akan mengihtimal hadits-hadits di situ ke arah yang masih boleh dipertimbangkan. Tiada pula terus kata apa yang Imam Ghazali sebut dalam Ihya tu batal atau ajaran sesat sebab hadits maudhu’, apa sebabnya ?.

Nampak ke tak masih kelabu?. abidi, S.Fattah Abu ghuddah, dan Allaknawi dan banyak lagi pakar ilmu hadits semuanya mengatakan “hadits-hadits maudhu dalam Ihya adalah dalam jumlah yang sedikit sahaja” mana datangnya pula “banyak maudhu’ tu”? atau ke anta mengikut mazhab orang yang kata ” hadits dhaif dan maudhu, – duanya sama saja takde beza”.


SUMBER

http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=125:kemusykilan-tentang-kitab-ihya-ulumuddin-karangan-imam-al-ghazali&catid=18:tassauf-fekah&Itemid=29