30.11.11

Video Syarah Ihya' 125-131 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 125

http://www.youtube.com/watch?v=fm0jw66wzDI
KULIAH KALI KE-21
- Imbas kembali kuliah ke-20.
- Kehati-hatian Imam Asy-Syafi'i dan Imam Malik.
- Berlian bersalut lumpur.
- Imam Syafi'i dan 10,000 dirham.
- Berkorban pada jalan Allah biar kena gaya.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 126
http://www.youtube.com/watch?v=iOABYuE1Cf8
- Bagaimana mahu capai kesempurnaan iman?
- Tarbiyyah hati hanya dalam kitab2 tasawuf, bukan kitab fiqh.
- Tiga tungku agama - tauhid, fiqh, tasawuf.
- Mahu mendapatkan hati yang teguh?
- Kisah nabi2 Ulul Azmi.
- Ujian2 ke atas Nabi Nuh as.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 127
http://www.youtube.com/watch?v=mWDpi8MZv-I
- Ujian2 ke atas Nabi Ibrahim.
- Ujian2 ke atas Nabi Musa.
- Ujian2 ke atas Nabi Isa.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 128
http://www.youtube.com/watch?v=vhzfdFeOiHo
- Ujian2 ke atas Nabi Isa.
- Kenapa Tuhan jadikan kita manusia?
- Tafsiran mimpi berenang.
- Kuliah ke-21 bermula.
- Bagaimana mahu jadi seorang 'alim?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 129
http://www.youtube.com/watch?v=LiykCfI1QdQ
- Ciri-ciri orang 'alim.
- Tujuan Imam Syafi'i.
- Berapa lama Imam Ahmad doakan Imam Syafi'i?
- Siapa yang doakan kita setiap hari?
- Adab sesama ulama mazhab sekalipun berbeza mazhab.
- Imam Syafi'i umpama matahari dan kesihatan bagi manusia.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 130
http://www.youtube.com/watch?v=Z-b0vAVJxP0
- 40 tahun berdoa tanpa lupa akan Imam Syafi'i.
- Perihal Imam Malik.
- 5 'pakaian' para mujtahid mutlak.
- Kecintaan ImamMalikkepada sunnah Rasulullah saw.
- Boleh berlebih sedikit dalam mencintai?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 131
http://www.youtube.com/watch?v=6lSBiw1lnqU
- Atas dasar cinta...
- Imam Malikmenerima 48 soalan...
- Adab berguru, doakan guru.
- Intisari kuliah kali ini.
-Soalan - asal manusia.


PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-21

Ditanya kepada Imam Asy-Syafi’i : “Bilakah seseorang itu dipandang ‘alim?”

Dia menjawab : “Apabila dia yakin pada sesuatu ilmu lalu diajarinya ilmu itu. Kemudian dia menempuh ilmu-ilmu yang lain, maka dilihatnya mana yang belum diperolehnya. Ketika itu barulah dia seorang ‘alim.”

Adapun maksudnya dengan ilmu fiqh dan perdebatan di dalamnya adalah semata-mata Wajah Allah Ta’ala. Dalil untuk itu ialah riwayat yang menerangkan bahawa Imam Asy-Syafi’i pernah berkata : “Aku ingin manusia mengambil manfaat daripada ilmu ini dan ilmu-ilmu lain yang ada padaku, meskipun sedikit.”

Maka lihatkah betapa Imam Asy-Syafi’i memerhatikan kepada bahaya ilmu dan mencari nama baginya.

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal : “Tidak pernah aku melakukan solat selama 40 tahun, yang aku tidak berdoa kepada Imam Asy-Syafi’i.”

Kerana banyaknya doa Imam Ahmad bin Hanbal kepada Imam Asy-Syafi’i, maka bertanyalah anaknya : “Orang manalah Asy-Syafi’i itu sampaikan ayah mendoakan semua doa ini?”

Maka Imam Ahmad bin Hanbal menjawab : “Wahai anakku! Imam Asy-Syafi’i itu adalah seumpama matahari bagi dunia dan kesihatan bagi manusia.”

Lihatlah, adakah bagi dua perumpamaan tadi orang yang dapat menggantikannya?

Imam Ahmad pernah berkata : “Tiada seorang pun menyentuh botol tinta dengan tangannya melainkan ada jasa Imam Asy-Syafi’i padanya.”

Yahya bin Said Al-Qattan berkata : “Tidak pernah aku bersolat selama 40 tahun, yang aku tidak berdoa di dalamnya kepada Imam Asy-Syafi’i. Kerana Allah Azza wa Jalla telah membuka ilmu baginya dan memberinya taufik kepada jalan yang benar.”

Adapun akan Imam Malik, maka dia juga berpakaian dengan yang lima perkara itu.

1. ‘Abid (rajin beramal ibadah)

2. Zahid (seorang yang zuhud, tidak cinta akan dunia)

3. ‘Alim (banyak ilmu agama)

4. Sedar dan faham kepentingan umat.

5. Melakukan segala sesuatu kerana mengharapkan Wajah Allah Ta’ala (keredhaan-Nya, kasih sayang-Nya, benar-benar ikhlas)

Inilah 5 perkara di mana yang diikuti oleh ulama fiqh sekarang daripada kesleuruhannya hanyalah satu perkara sahaja, iaitu memberi tenaga dan bersangatan membuatkan fiqh itu bercabang-cabang.

Imam Malik sangat memuliakan ilmu agama, sehingga apabila dia hendak meriwayatkan hadith, maka terlebih dahulu dia mengambil wudhuk dan duduk di hadapan tempat duduknya dengan menyisirkan janggutnya, memakai bau-bauan serta duduk dengan tenang dan bersikap, maka barulah dia meriwayatkan hadith itu.

Kerana caranya sebegitu, maka orang bertanya kepadanya lalu dia menjawab : “Aku suka membesarkan hadith Rasulullah saw.”

...ucapan Imam Asy-Syafi’i : “Aku melihat Imam Malik ketika diajukan kepadanya 48 masalah, maka dia menajwab tentang 32 daripada masalah-masalah itu : “Aku tidak tahu.”

Orang yang bertujuan dengan ilmunya bukan Wajah Allah Ta’ala tentu tidak bersedia mengaku tidak tahu.

Imam Asy-Syafi’i berkata : “Apabila disebut nama ulama, maka Malik ialah bintangnya yang cemerlang. Dan tidak ada seorang pun yang lebih banyak jasanya kepada aku daripada Imam Malik.”