3.11.11

Video Syarah Ihya 106-110 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 106


http://www.youtube.com/watch?v=IDnyvaJmQSc

- Siapakah ahli2 falsafah?
- Apakah bidang2 dlm falsafah? Semuanya tertolak?
- Mencari & menguji Tuhan guna matematik?
- Berapa golongan kaum falsafah? Siapa mereka?
- Alam ini terjadi dengan sendirinya?
- Apa hujah kita?
- 3 perkara yang dikufurkan oleh Imam Al-Ghazali.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 107

http://www.youtube.com/watch?v=Gh5TC4ZFX_c

- Ibnu Sina dan arak.
- Mana lebih besar? Isu arak ataupun isu aqidah?
- Al-Ghazali sengaja buka keaiban orang?
- Mengapa ilmu2 Ibnu Sina mesti dikelaskan?
- Dibenarkan sebar ilmu2 salah kepada orang bukan Islam?


WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 108

http://www.youtube.com/watch?v=3U1LZDKo0XY

- Mestikah ada ilmu kalam?
- Kisah orang pergi haji dan pengawal perjalanan.
- Sekiranya tak ada ilmu kalam, macam mana hendak kenal Allah?
- Adakah para sahabat terkenal dan mulia kerana ilmu kalam, fiqh dan hadith?


WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 109

http://www.youtube.com/watch?v=l9OSIqlOWkc

- Sikap Saiyidina Umar terhadap pembuka jalan kalam.
- Nabi Zulkifli itu Gautama Buddha?
- Nabi Zulkifli dalam Al-Quran.
- Tempat lahir Buddha.
- Buddha dalam Al-Quran?


WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 110

http://www.youtube.com/watch?v=s2rnAB8jS00

- Apa itu Tiin dan Zaituun?
- Nabi Ezekiel/Yehezkiel.
- Intipati kuliah kali ini.



PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-18

Jadi ilmu kalam itu termasuk dalam jumlah usaha yang wajib secara fardhu kifayah untuk menjaga hati orang awam daripada pengkhayalan ahli bid’ah. Yang demikian itu terjadi dengan terjadinya bid’ah, sebagaimana datangnya keperluan manusia menyewa pengawal dalam perjalanan haji dengan (kerana) adanya kezaliman dan perompakan di perjalanan yang dilakukan oleh orang Arab. Seandainya orang Arab itu sudah meninggalkan permusuhan, maka tidaklah menyewa pengawal itu menjadi syarat dalam perjalanan haji.

Maka kerana itulah seandainya tukang bid’ah itu sudah meninggalkan perkataan yang sia-sia, maka tidka perlu lagi menambah daripada apa yang ada pada masa sahabat Nabi r.a.

Maka ahli ilmu kalam hendaklah mengetahui akan batasnya dalam agama. Dan kedudukan ilmu kalam dalam agama seperti kedudukan pengawal dalam perjalanan haji. Apabila pengawal itu tidak melakukan pengawalan, nescaya dia tidak termasuk dalam kalangan orang haji.

Dan ahli ilmu kalam apabila tidak melakukan tugasnya untuk berdebat dan mempertahankan pendirian, tidak menjalani jalan akhirat dan tidak bekerja mendidik dan memperbaiki hati, maka tidaklah sekali-kali dia tergolong dalam jumlah ulama/ilmuwan agama.

Adapun mengenal Allah Ta’ala, sifat dan af’alNya serta sekalian yang telah kami isyaratkan dalam ilmu mukasyafah, maka tidaklah diperolehi dari ilmu kalam. Malah hampirlah ilmu kalam itu menjadi hijab dan penghadang.

Dan tidaklah terkemuka mereka (para sahabat) dengan ilmu kalam dan fiqh, tetapi dengan ilmu akhirat dan jalan menuju kepadanya. Tidaklah Abu Bakar melebihi manusia lain lanataran banyak puasa, solat, banyak meriwayatkan hadith, fatwa dan kata-kata. Tetapi kelebihannya adalah kerana sesuatu yang mulia di dalam dadanya, sebagaimana diakui oleh Nabi saw sendiri. Dan hendaklah engkau berusaha mencari rahsia itu.

Rasulullah saw telah kembali (meninggal dunia) dengan meninggalkan beribu-ribu orang sahabat r.a. Tidak seorang dari mereka yang tahu dengan baik tentang ilmu kalam. Dan tidak menegakkan dirinya menjadi juru fatwa, kecuali beberapa belas orang sahaja. Antaranya ialah Ibnu Umar r.a.

Ketika Umar r.a. meninggal dunia, berkatalah Ibnu Mas’ud : “Telah matilah 9/10 ilmu.”

Lalu orang bertanya kepadanya : “Mengapakah engkau berkata begitu, padahal antara kita masih banyak sahabat?”

Ibnu Mas’ud menjawab : “Aku tidak maksudkan ilmu fatwa dan hukum. Sesungguhnya aku maksudkan ilmu tentang Allah Ta’ala.”

Adakah anda berpendapat bahawa maksud Ibnu Mas’ud itu ialah ilmu kalam dan ilmu berdebat?

Dan Umarlah yang menutup pintu ilmu kalam dan pertengkaran dengan memukul Shabigh bin ‘Isl dengan cemeti, tatkala (Shabigh) mengajukan suatu pertanyaan kepadanya tentang pertentangan dua ayat dalam Kitabullah (Al-Quran), dan memboikotnya serta menyuruh orang ramai memboikotnya juga.

NABI ZULKIFLI ITU GAUTAMA BUDDHA?

“Dan Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka termasuk orang yang sabar.” (Al-Anbiya’ : 85)

“Dan ingatlah Ismail, Ilyasa’ dan Zulkifli. Semuanya orang baik.” (Sad : 48)

Nama “Zulkifli” ada persamaan bunyi dengan “Kapilavastu”, iaitu nama tempat kelahiran Buddha.

Dikatakan Gautama Buddha ada diisyaratkan oleh Al-Quran pada Surah At-Tiin.

“Demi Tiin dan Zaituun. Dan Tursina (Bukit Sinai). Dan demi negeri yang aman ini (iaitu Makkah).” (At-Tiin : 1-3)

Gautama Buddha juga dikatakan meramalkan kedatangan Maitryea iaitu Nabi Muhammad.

Dikatakan sebahagian orang bahawa Nabi Zulkifli ialah anak kepada Nabi Ayyub. Nama sebenarnya ialah Basyar bin Ayyub. Dia menyahut cabaran seorang raja dan berjaya, lalu dia dilantik oleh raja itu sebagai penggantinya. Putera Siddharta pula pada asalnya ialah anak seorang raja, tetapi kemudiannya keluar berkelana dan menjadi seorang sami dan tidak memerintah.

Ezekiel dipercayai lahir sekitar 622-623 SM. Tahun kematiannya tidak diketahui. Buddha pula dipercayai lahir sekitar 563 SM.

Berdasarkan sumber-sumber Yahudi dan Kristian, secara ringkasnya Ezekiel bin Busi hidup di Palestin dan kemudiannya dibuang negeri ke Babylon. Dia berasal dari keluarga para imam Yahudi. Kebanyakan orang di sekelilingnya memandangnya sebagai seorang yang kurang waras.