20.1.12

Video Syarah Ihya' 'Ulumiddin 153-159 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 153

http://www.youtube.com/watch?v=kw1KBcH7IFc
- Kuliah kali ke-25.
- Imbas kembali kuliah ke-24.
- Mengapa ilmu nujum itu tercela?
- Pandang dekat vs pandang hakikat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 154
http://www.youtube.com/watch?v=4AZAzLLcnas
- Contoh dari kitab Misykatul Anwar karya Al-Ghazali.
- Peringkat-peringkat dalam belajar.
- Belajar hakikat dulu baru belajar syariat?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 155
http://www.youtube.com/watch?v=2hxBUHVq-dU
- Kebodohan yang bermanfaat.
- Tak dapat anak kerana rahim ditutup lemak.
- Ilmu banyak, umur kita singkat. Jadi macam mana?
Link- Istilah2 penting yang sudah berubah maksudnya.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 156
http://www.youtube.com/watch?v=GVYuxYV4EDI
- Istilah 'smart' dan 'wali Allah' yang sudah terubah.
- Maksud 'fiqh' yang sebenar.
- Maksud 'fiqh' yang sudah berubah.
- Ulama mana yang paling faqih?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 157
http://www.youtube.com/watch?v=L2RQJdO2xCs
- Maksud istilah 'ilmu' dan 'ulama' yang asal.
- Maksud 'ilmu' dan 'ulama' yang sudah terubah...

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 158
http://www.youtube.com/watch?v=FhJFAOeRrac
- Erti istilah 'tauhid' yang sebenar.
- Ilmu tauhid disamakan dengan ilmu kalam?
- Ilmu kalam hanya untuk menjaga kulit tauhid.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 159
http://www.youtube.com/watch?v=3bBSITlvGIU



PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-25


Ketahuilah, bahawa sumber yang menimbulkan keserupaan ilmu yang tercela dengan ilmu syariat ialah penyelewengan nama-nama yang terpuji, penggantiannya dan pemindahannya dengan maksud-maksud yang merosakkan kepada pengertian-pengertian yang tidak dikehendaki oleh orang-orang soleh terdahulu.

Iaitu 5 perkataan :

1. Fiqh

2. Ilmu

3. Tauhid

4. Tazkir

5. Hikmah

Inilah nama-nama yang terpuji. Orang-orang yang bersifat dengan nama-nama tadi ialah orang-orang yang berkedudukan tinggi dalam agama.

Tetapi sekarang nama-nama itu sudah dialihkan kepada pengertian-pengertian yang tercela.

FIQH

Pada masa pertama dahulu, adalah nama fiqh itu ditujukan kepada pengetahuan jalan akhirat, kepada mengenal penyakit jiwa yang halus-halus dan yang merosakkan amal, teguh pendirian dengan pandangan hina kepada dunia, sangat menuju perhatian kepada nikmat akhirat dan menekankan ketakutan kepada hati.

Ilmu yang menghasilkan peringatan dan penakutan, itulah fiqh namanya. Bukanlah fiqh itu mencabang-cabang soal talak, soal pembebasan perhambaan, li’an, pesanan barang dan sewa-menyewa. Yang demikian itu tidkalah membuahkan peringatan dan penakutan. Bahkan apabila terus-menerus bergelumang dengan hal itu membawa kepada kasar hati, mencabut ketakutan dari hati, sebagaimana kita saksikan sekarang pada orang-orang yang menjurus demikian.

Dimaksudkan dengan fiqh ialah pengertian-pengertian keimanan, bukan mengeluarkan fatwa.

Demi umurku, sesungguhnya perkataan ‘al-fiqh’ dan ‘al-fahm’ menurut bahasa ialah dua nama dengan satu pengertian.

Lihatlah, adalah itu natijah tidak menghafal percabangan fatwa-fatwa dan atau natijah ketiadaan ilmu yang kami terangkan itu.

Ditanyakan kepada Sa’ad bin Ibrahim Az-Zuhri : “Siapakah antara penduduk Madinah yang lebih faqih?” Dia menjawab : “Yang lebih kuat taqwanya kepada Allah Ta’ala.”

Dan taqwa adalah hasil daripada ilmu batin, bukan hasil daripada fatwa dan hukum.

Menurut Al-Hasan : “Sesungguhnya seseorang ahli fiqh itu zuhud di dunia, gemar ke akhirat, bermata hati kepada agama, kekal beribadah kepada Tuhannya, wara’ mencegah dirinya daripada memperkatakan kehormatan orang Islam, yang memelihara dirinya daripada harta mereka, dan yang menasihati jamaah mereka.”

Dalam keseluruhannya tadi, Al-Hasan tidak menyebut penghafal furu’-furu’ fatwa.

Kerana ilmu batin itu tidak terang, dan melaksanakannya sukar. Dan memperoleh kedudukan dalam pemerintahan, kehakiman, kemegahan dan kekayaan itu sulit dengan ilmu batin, maka syaitan memperoleh jalan mengkhususkan nama ‘fiqh’ yang menjadi nama terpuji itu pada syariat.

ILMU

Perkataan ini dipakai untuk pengetahuan mengenai zat, ayat-ayat dan perbuatan Allah Ta’ala terhadap hamba dan makhluk-Nya. Hinggakan ketika Umar r.a. meninggal dunia, berkatalah Ibnu Mas’ud r.a : “Sesungguhnya sudah mati 9/10 ilmu.”

Perkataan “ilmu” itu dijadikan isim ma’rifah dengan Alif dan Lam menjadi “al-ilmu”, lalu diberi penafsiran – “mengetahui tentang Allah SWT”.

Kemudian diputarkan pula oleh mereka perkataan “al-ilmu” itu dengan pengkhususan. Hinggakan dalam banyak hal, diperkenalkan orang berilmu ialah orang yang asyik berdebat melawan musuh dalam masalah-masalah fiqh dan lainnya.

Orang-orang yang tidak berbuat begitu dan tidak menghabiskan waktunya untuk itu, dikira lemah dan tidak termasuk dalam kalangan orang berilmu.

Dan sekarang secara mutlak dipakai kepada orang yang tidak tahu sedikitpun ilmu agama, selain daripada pertemuan-pertemuan perdebatan dalam masalah-masalah khilafiah.

http://syarahihya.blogspot.com/