7.10.11

Audio Syarah Ihya' 86-92 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 86

http://www.youtube.com/watch?v=x-SfRNHFiJM
- Bersykur kerana kita jadi pilihan Tuhan untuk menimba ilmu.
- Apa kelebihan-kelebihan kita mencari ilmu agama?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 87
http://www.youtube.com/watch?v=R4X9TmyWGTg
- Nikmat berjuang pada jalan Allah tidak ada di syurga, hanya ada di dunia.
- Tetamu Allah berupa kelkatu.
- Apakah ilmu-ilmu jalan ke akhirat?
- 2 jenis hati.
- Apa kesannya jika kita tidak mempunyai ilmu mukasyafah?
- Jadi, bagaimana kita mahu selamat?
- Mengapa ada orang termasuk yang berilmu menolak ilmu mukasyafah?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 88
http://www.youtube.com/watch?v=ZmFjAQOhNLI
- Setakat mana kita boleh mengenal Allah?
- "Bahasa dalam" para sufi.
- 2 komponen utama dalam ilmu mu'ammalah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 89
http://www.youtube.com/watch?v=tQFNWnmyZ_g
- Pengenalan sifat-sifat mahmudah.
- Setakat mana yang dikatakan sabar?
- Adakah semua orang yang tidak puas hati itu dikira tidka bersyukur?
- Perihal zuhud. Satu contoh asas lagi mudah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 90
http://www.youtube.com/watch?v=4wp34G7cKzY
- Sambungan contoh asas zuhud.
- Sifat-sifat mazmumah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 91
http://www.youtube.com/watch?v=w8kv3fUZM9E
- Sambungan... sifat-sufat mazmumah.
- Ramai orang termasuk ulama yang mengejar fardhu kifayah, tetapi meninggalkan fardhu 'ain.
- Nasib orang-orang yang tidak mengambil tahu ilmu mu'ammalah ini di akhirat nanti.
- Ulama ilmu akhirat vs ulama ilmu dunia.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 92
http://www.youtube.com/watch?v=NCZzM3NjkeU
- Dunia dan ulama fiqh zaman Imam Al-Ghazali.
- Seimbas lalu kuliah kali ini.



PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-15


ILMU MUA’AMMALAH

Ilmu mua’ammalah ialah ilmu perihal hati (jiwa).

Apa yang terpuji (sifat-sifat mahmudah) daripadanya seperti sabar, syukur, takut, harap, rela, zuhud, taqwa, sederhana, pemurah, mengenal nikmat Allah Ta’ala dalam segala keadaan, ihsan, baik sangka, baik budi, baik pergaulan, benar dan ikhlas.

Maka mengetahui hakikat hal keadaan ini, batas-batasnya dan sebab-sebabnya yang diusahakan, hasil, tanda dan cara mengubati yang lemah daripadanya sehingga menjadi kuat dan yang hilang sehingga kembali, adlh termasuk sebahgian dpd ilmu akhirat.

Adapun yang tercela (sifat-sifat mazmumah) ialah takut miskin, marah kepada takdir, menokoh, dengki, busuk hati, menipu, meninggi, suka dipuji, mencintai hidup lama di dunia dengan bersenang-lenang, takbur, riya’, marah, keras kepala, suka bermusuhan, amarah, loba, kikir, gembira yang tidak kena pada tempatnya, angkuh, congkak, bangga dengan kejayaan di tangannya, menyanjung orang kaya, menghina orang miskin, gila penghormatan dan pangkat, suka bersaing secara tidak jujur, menyombong diri untuk menerima kebenaran, suka campur hal yang tidak penting, banyak bercakap, memuji diri, menghias-hias budi pekerti, berminyak air, ujub, asyik memperkatakan kekurangan orang, melupakan kekurangan diri sendiri, hilang perasaan gundah dan takut dari hati, sangat menekan perasaan apabila tersinggung, lemah hati mencari kebenaran, mengambil teman zahir dari musuh batin, berasa aman daripada kemurkaan Allah Ta’ala, pada menarik apa sahaja dari pemberian-Nya, bersandar kepada taat, murka, khianat, tokoh-menokoh, panjang angan-angan, kesat dan kasar hati, gembira dengan dunia dan berdukacita atas kehilangannya, berjinak hati dengan makhluk dan berasa sepi bercerai dengan mereka, kaku, ceroboh, tergopoh-gapah, kurang maku dan kurang belas kasihan.

Maka mengetahui batas-batas hal ini, hakikatnya, sebabnya, hasilnya dan pengubatannya adalah ilmu akhirat dan fardhu ‘ain menurut fatwa ulama-ulama akhirat. Orang yang memalingkan muka dari ilmu tersebut adalah binasa dengan kekuasaan Raja Segala Raja di akhirat, sebagaimana orang yang memalingkan muka dari segala pekerjaan zahir adalah binasa dengan kekuasaan pedang raja-raja dunia, berdasarkan fatwa ahli fiqh dunia.

Maka pandangan ulama fiqh tentang fardhu ‘ain itu adalah bersandarkan kepada kepentingan dunia, sedangkan (ilmu mua’amalah) ini bersandarkan kepada kepentingan akhirat.

Apabila ditanyakan kepada seorang ahli fiqh tentang erti dari erti-erti ini, umpamanya tentang ikhlas, atau tentang tawakal, atau menjaga diri dari sifat riya’..... maka ia akan tertegun. Sedangkan kerana fardhu ‘ainnya (seperti ilmu mu’ammalah) apabila diabaikan, akan mendatangkan kebinasaannya di akhirat.

Tetapi cuba tanyakan tentang li’an, zihar, berlumba kuda dan memanah, nescaya akan diletakkannya di hadapan kamu berjilid-jilid buku dengan terperinci lagi mendalam, yang menelan banyak waktu, pafahal sedikitpun tidak diperlukan. Kalaupun ada diperlukan, nescaya tidaklah kosong negeri dari orang yang menyanggupinya. Dan cukuplah letih dan payah padanya, lalu sentiasa ia berpayah-payah padanya malam dan siang utk menghafal dan mempelajarinya, dan melupakan apa yang penting dalam agama.

Apabila didesak, maka ahli fiqh itu menjawab : “Aku menghabiskan waktu mempelajarinya kerana fiqh itu ilmu agama dan fardhu kifayah.” Ia mengelabui dirinya dan orang lain untuk mempelajarinya.

Orang yang cerdik itu tahu bahawa kalau adalah maksudnya melaksanakan perintah pada fardhu kifayah, tentu didahulukannya fardhu ‘ain. Bahkan juga akan didahulukannya banyak dari fardhu-fardhu kifayah yang lain daripada ilmu fiqh itu.

Berapa banyak negeri yang tidak berdoktor selain dari orang zimmi (orang bukan Islam yang tidak memusuhi Islam dan dilindungi pemerintah Islam). Orang zimmi itu menurut hukum fiqh tidak dapat diterima menajdi saksi mengenai hal yg menyangkut dgn kedoktoran.

Kemudian tidak seorang pun daripada orang Islam, kami lihat bekerja dalam lapangan kedoktoran. Mereka berlumba-lumba kepada ilmu fiqh, lebih-lebih (lagi dalam) masalah khilafiah dan perdebatan.

Negeri penuh dengan ulama fiqh, yang berkerja mengeluarkan fatwa dan memberi jawapan dari peristiwa-peristiwa yang terjadi. Wahai kiranya, bagaimana ahli-ahli fiqh agama memurahkan waktunya mengerjakan fardhu kifayah yang telah dikerjakan oleh suatu golongan, dan mengabaikan yang tak ada orang bangun mengerjakannya? Apdakah ini mempunyai sebab tertentu? Hanya pengetahuan kedoktoran itu tidak mudah menjadi pengurus harta wakaf, harta wasiat, pengawas harta anak yatim, menjadi hakim dan pemerintah, terkemuka dari teman sejawat dan berkuasa menghentam lawan.