5.1.12

Video Syarah Ihya Ulumiddin 139-145 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 139

http://www.youtube.com/watch?v=dr3ehcVEieA
- KULIAH KALI KE-23
- Darah siapa yang sedang kita bawa? Darah nabi mana?
- Anda anak buluh betung? Junjung buih? Muntah lembu?
- Imbasan kuliah ke-22.
- Kepelbagaian cara berdakwah.
- Perihal ilmu laduni.
- Bagaimana hendak mendapatkan ilmu laduni?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 140
http://www.youtube.com/watch?v=FxL_aRGiCpo
- Imam Syafi'i ibarat matahari bagi umat, kata Imam Ahmad.
- Apa berlaku sekiranya matahari tiada?
- Apakah '5 pakaian' para mujtahid mutlak? Mahu mencontohi mereka?
- Imam Malik menolak tawaran khalifah mahu pakai 1 mazhab sahaja di seluruh dunia Islam.
- Imam Malik sanggup dicemeti.
- Kisah Sultan Melaka menuntut ilmu.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 141
http://www.youtube.com/watch?v=mldv0YliUF0
- Perihal Imam Abu Hanifah.
- Sedikit tentang Imam Mazhab Hanbali dan Imam Mazhab Ath-Thauri.
- Bagaimana ilmu boleh jadi tercela?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 142
http://www.youtube.com/watch?v=f3SacXf5h3Y
- Mengapa ada ilmu2 yang tercela?
- Perihal ilmu sihir.
- Kisah Rasulullah disihir.
- Penawar dan pendinding sihir.
- Boleh belajar ilmu sihir, tapi...

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 143
http://www.youtube.com/watch?v=EPcpPWnamLE
- Hukum belajar ilmu sihir.
- Apa itu istidraj?
- Mendapatkan jin.
- JWW Birch cuba disantau?
- Perihal ilmu nujum.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 144
http://www.youtube.com/watch?v=iwdbH3ePP-A
- Bahagian ilmu nujum yang boleh dan tak boleh dipelajari.
- Kisah tukang-tukang tilik di India.
- Bagaimana dikatakan mendustakan takdir?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 145
http://www.youtube.com/watch?v=0gCZz4cTyMo
- Penutup kuliah ke-23.
- Soal Jawab... sihir. Harut dan Marut.


Dan ilmu adalah salah satu daripada sifat Allah Ta’ala. Bagaimanakah sesuatu itu menjadi ilmu, dan bagaimanakah ia menjadi ilmu yang tercela?

Ketahuilah kiranya, bahawa ilmu itu tidaklah tercela kerana ilmu itu sendiri, tetapi tercelanya adalah pada hak manusia, kerana salah satu dari 3 sebab :

1.Ilmu itu membawa kemelaratan kepada tuan punya ilmu atau orang lain.

2. Biasanya ilmu itu membawa kemudaratan kepada tuan punya ilmu.

3. Ilmu yang tidak memberi ilmu kepada tuan punya ilmu.

SEBAB PERTAMA

Adalah ilmu itu membawa kepada sesuatu kemelaratan, baik bagi yang mempunyai ilmu itu sendiri atau bagi orang lain, seperti tercelanya ilmu sihir dan mentera-mentera.

Dan ilmu itu menjadi sebab yang membawa kepada perceraian antara suami isteri. Rasulullah saw pernah disihir orang dan sampai sakit kerananya (dalam hadith Bukhari dan Muslim). Maka malaikat Jibril datang menyampaikan peristiwa itu kepada Nabi saw, dan mengambil benda sihir itu dari bawah batu pada dasar sumur.

Sihir itu adalah semacam keadaan yang diambil dari pengetahuan dengan khasiat benda-benda, disertai dengan hitungan tentang terbit bintang-bintang. Dari benda-benda itu diperbuat suatu patung menurut bentuk orang yang disihirkan. Dan diintip suatu waktu tertentu dari terbit bintang-bintang, dan disertai pembacaan kalimat-kalimat yang berasal daripada kufur dan keji, yang menyalahi syariat. Dan dengan kalimat-kalimat itu, sampai kepada meminta tolong kepada para syaitan.

Dari keseluruhan itu, dengan hukum kehendak Allah Ta’ala di luar kebiasaan terjadilah hal-hal luar biasa pada diri orang yang disihirkan.

Dan mengetahui sebab-sebab tersebut dari segi ia itu pengetahuan, tidaklah tercela. Tetapi tidaklah ia itu membawa kebaikan, selain daripada mendatangkan kemelaratan kepada makhluk Tuhan.

Jalan kepada kejahatan adalah kejahatan. Maka itulah sebabnya ilmu sihir itu menjadi ilmu yang tercela. Bahkan orang yang mengikuti seorang aulia Allah untuk dibunuhnya, di mana aulia itu sudah bersembunyi daripadanya pada suatu tempat yang terjamin, apabila orang menanyakan tempat aulia itu, maka tidak boleh memberitahukannya tetapi wajib berdusta.

Menerangkan tempat persembunyian aulia itu adalah menunjuk dan memfaedahkan pengetahuan tentang sesuatu, menurut yang sebenarnya. Tetapi itu tercela serta membawa kepada kemelaratan.

SEBAB KEDUA

Bahawa ilmu itu menurut kebiasaannya memberi kemelaratan kepada yang memiliki ilmu itu sendiri, seperti ilmu nujum.

Ilmu nujum itu sendiri tidak tercela kerana ia terbahagi dua :

Bahagian hisab. Al-Quran sudah menerangkan bahawa perjalanan matahari dan bulan itu dengan hisab/perkiraan.

“Matahari dan bulan itu beredar menurut hisab.” (Ar-Rahman : 5)

“Kami tentukan bulan itu beberapa tempat tertentu sampai kembali ia seperti mayang yang sudah tua.” ( Yaasin : 39)

Hukum-hukum dan hasilnya kembali kepada membuat dalil atas segala kejadian dengan sebab-musababnya, iaitu menyerupai dengan cara doktor membuat dalil dengan detakan jantung kepada apa yang terjadi dari penyakit. Yakni mengetahui tempat berlakunya sunnah Allah dan aday kebiasaan-Nya pada makhluk-Nya.

Tetapi ilmu tadi dicela agama. Bersabda Nabi saw :

Apabila disebut takdir, maka peganglah. Apabila disebut bintang, maka peganglah. Dan apabila disebut sahabatku, maka peganglah.” (Thabrani, dengan sanad baik).

“Aku takut atas umat sesudahku 3 perkara : kezaliman imam-imam, percaya kepada bintang-bintang, dan pendustaan kepada takdir.” (Ibnu Abdil Barr, sanad dhaif)

Umat bin Al-Khattab berkata : “Pelajarilah dari bintang-bintang itu apa yang dapat menunjukkan jalan kepadamu di darat dan di laut, kemudian berpeganglah kepada pengetahuan itu.