Saudara saudari seIslamku! Itu semua tidak membawa faedah yang besar kepada ummah. Ia hanya membawa kepada perpecahan. Salah satu isu yang tak relevan untuk diketengahkan ialah berkenaan kitab Ihya 'Ulumuddin yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali.
Antara cebisan manuskrip asli Kitab Ihya 'Ulumuddin. Ihsan dari al-Ghazali's Website.
Pernah saya mendengar kritik dan 'suara-suara' yang bencikan kitab tersebut. Pernah saya mendengar ada golongan yang ingin menghumban kitab tersebut jauh-jauh. Ada orang tak mahu sentuh langsung kitab itu. Ada dakwaan mengatakan kitab Ihya mengandungi banyak hadith-hadith daif dan maudhuk. Maka kitab tersebut adalah sangat berbahaya!!! Saya adalah dari kalangan yang amat menitikberatkan kedudukan sesuatu hadith. Memandang sepintas lalu pada dakwaan tersebut, maka saya pun nampaknya perlu menjauhi kitab tersebut. Tapi perlukah saya?
Pernahkah kalian terfikir mengapa kitab Ihya ini tetap bertahan walaupun ia dikatakan ada mengandungi hadith-hadith maudhuk (iaitu hadith palsu)?
Untuk menjawab soalan ini, saya akan menterjemahkan artikel yang dijawab oleh Sheikh Amjad Rasheed. Jawapan beliau adalah dalam bentuk audio yang kemudian ditranskripkan oleh Saudari Huma Shah yang merupakan salah seorang staf di SunniPath. Transkrip tersebut yang berbahasa Arab kemudiannya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris oleh Sheikh Faraz Rabbani yang merupakan seorang tenaga pengajar di SunniPath. Saya berharap terjemahan saya dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia tidak akan lari jauh dari isi artikel yang sebenar.
Sebelum membaca terjemahan yang akan siap tidak lama lagi itu (InsyaAllah) ingin saya nasihatkan kepada sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak dengan kitab Ihya 'Ulumuddin itu supaya meneruskan usaha anda itu. Jangan termakan hasutan puak-puak yang membenci ilmu tasawwuf dan kitab Ihya tersebut. Kepada yang sudah berjinak pula, teruskan pembacaan anda. Kepada yang sudah khatam berjinak, pasti kalian dapat melihat betapa unggulnya kitab masterpiece Imam Al-Ghazali tersebut.
Jangan takut untuk membacanya. Keempat-empat mazhab yang ada mengiktiraf kitab tersebut. Mustahil para ulama terbilang dari keempat-empat mazhab itu terlepas pandang bahaya (iaitu bahaya ancaman api neraka) akibat membaca kitab tersebut.
After all, Ihya deals with your heart. Diseased heart will face great troubles in the Day of Judgement and Ihya tries to prevent it.
Bersambung di BAHAGIAN 2, iaitu terjemahan artikel tersebut.
---
Berikut adalah 2 lagi manuskrip asal kitab Ihya. Sila klik untuk melihat dalam resolusi yang lebih besar.