11.11.11

Video Syarah Ihya' 111-117 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 111

http://www.youtube.com/watch?v=TFMHf4g0h7I
- Bila mata tidak dapat melihat, jangan anggap sesuatu tidak ada...
- Imbasan kuliah terdahulu.
- Perihal ilmu kalam.
- Nabi Zulkifli dan Gautama Buddha.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 112
http://www.youtube.com/watch?v=KMh1tB5oAhQ
- Gautama Buddha dalam Surah Tiin?
- Gandingan nabi2 Ulul Azmi.
- Ibnu Sina minum arak atau jus buah?
- Dibenarkan buka keaiban orang? Bila?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 113
http://www.youtube.com/watch?v=pTKRvgbHocE
- Bolehkah umat Islam sebarkan sesuatu yang memudaratkan kepada umat bukan Islam?
- Isu konsert Elton John.
- Isu Seksualiti Merdeka.
- 3 bahagian mendekatkan diri dengan Tuhan.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 114
http://www.youtube.com/watch?v=tl0X7ZfWyGQ
- Kisah ulama-ulama fiqh terdahulu.
- Siapa yang dikecam oleh Imam Al-Ghazali?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 115
http://www.youtube.com/watch?v=-0q0PYiFYTA
- Kisah Imam Sufyan Ath-Thauri dengan khalifah. Khalifah dipanah petir.
- Bukti ke'abidan Imam Asy-Syafi'i.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 116
http://www.youtube.com/watch?v=3rmjdptH5jw
- 60 kali khatam Quran pada bulan Ramadhan!
- Pesanan Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.
- 16 tahun Imam Syafi'i tidak pernah kenyang.
- Kemudaratan kenyang.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 117
http://www.youtube.com/watch?v=8pyo-7JZMyg
- Pelajaran akan datang...
- Intipati kuliah kali ini.


PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-19


Bahagian-bahagian yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala itu tiga :

1. Ilmu semata-mata, iaitu ilmu mukasyafah.

2. Amal semata-mata, iaitu seperti keadilan bagi seorang raja dan perhatiannya akan kepentingan rakyat.

3. Dan yang tersusun dari amal dan ilmu, iaitu ilmu jalan ke akhirat.

Yang empunya ilmu tersebut adalah sebahagian daripada ulama dan orang-orang yang beramal. Maka perhatikanlah kepada dirimu sendiri. Adakah engkau pada hari kiamat nanti dalam golongan ilmuwan Allah, ataupun yang beramal pada jalan Allah, ataupun dalam golongan kedua-duanya? Maka jadikanlah bahagianmu bersama kedua-dua golongan itu.

Akan kami nukilkan dari riwayat hidup ulama-ulama fiqh terdahulu, di mana engkau akan mengetahui nanti bahawa orang-orang yang menganut mazhab mereka telah berbuat zalim terhadap mereka, dan menjadi musuh terbesar dari ulama-ulama itu pada hari qiamat.

Para ulama yang terdahulu itu tidak bermaksud dengan ilmunya selain wajah Allah Ta’ala. Mereka tidaklah semata-mata untuk ilmu fiqh, tetapi mereka berbuat dan memerhatikan akan ilmu yang berhubungan dengan hati.

Sekarang akan kami sebutkan kata-kata ulama fiqh Islam, di mana engkau akan mengetahui bahawa yang kami sebutkan itu bukanlah mengecam mereka. Tetapi adalah kecaman kepada orang-orang yang menyatakan dirinya mengikuti dan menganut mazhab mereka. Kerana orang itu menyalahi dalam perbuatan dan perjalanan para ulama fiqh itu.

Adapun ulama fiqh yang menjadi pemimpin ilmu fiqh dan pahlawan umat, yakni mereka yang banyak pengikutnya pada mazhab-mazhab itu adalah lima iaitu : Asy-Syafi’i, Malik, Ahmad bin Hanbal, Abu Hanifah dan Sufyan Ath-Thauri, rahmat Allah kiranya kepada mereka semua.

Mereka masing-masing ialah ‘abid, zahid, ‘alim dengan dengan semua ilmu akhirat, faham akan kepentingan umat di dunia dan menghendaki dengan fiqhnya itu akan wajah Allah Ta’ala.

Ulama-ulama fiqh itu memberi tenaga dan mendakwakan dirinya serupa dengan imam-imam besar itu. Alangkah janggalnya membandingkan malaikat dengan tukang-tukang besi.

Adapun Imam Syafi’i, yang menunjukkan dia seorang ‘abid ialah riwayat yang menerangkan bahawa dia membahagikan malam kepada tiga bahagian. 1/3 untuk ilmu, 1/3 untuk ibadah dan 1/3 untuk tidur.

Berkata Ar-Rabi’ : “Adalah Imam Asy-Syafi’i mengkhatamakan Al-Quran dalam bulan Ramadhan 60 kali. Semuanya itu dalam solat. Al-Buaithi salah seorang sahabatnya mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan tiap-tiap hari sekali.”

Imam Asy-Syafi’i pernah berkata : “Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kekenyangan itu memberatkan tubuh, mengesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarikan tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu daripada beribadah.”