19.10.11

Video Syarah Ihya 100-105 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 100

http://www.youtube.com/watch?v=YnFUU9Ca580
- Usaha untuk dunia vs usaha untuk akhirat.
- Nikmat berjuang, berkorban & bersusah-payah kerana agama Allah hanya ada di dunia.
- Mahu jadi ilmuwan agama 1,000 batu?
- Imbas kembali kuliah ke-16.
- Sedikit tentang para kekasih Allah.
- Ilmu Nabi Khidhir.
- Tauhid, fiqh & tasawuf.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 101
http://www.youtube.com/watch?v=45FAf1Df0BE
- 4 golongan berkaitan zuhud.
- Tentang kekafiran Al-Farabi dan Ibnu Sina.
- Apakah bidang2 dalam ilmu falsafah?
- Kalau tidak belajar...
- Ilmu keTuhanan dalam ajaran falsafah. Sebahagiannya kufur dan bid'ah.
- Siapakah ahli-ahli falsafah?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 102
http://www.youtube.com/watch?v=O7KaPeBc1Jk
- 3 golongan ahli falsafah.
- Apa pegangan kaum Dahriyyun?
- Bagaimana cara berhadapan dengan golongan ini?
- Alam ini terjadi dengan sendirinya?
- Berkenalan dengan kaum Tabi'iyyun.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 103
http://www.youtube.com/watch?v=b0wucCB1C_Y
- Benarkah Tuhan tidak mengetahui semua perkara, sebagaimana pandangan Al-Farabi dan Ibnu Sina?
- Faham Qadariyyah.
- Alam ini qadim?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 104
http://www.youtube.com/watch?v=8zJk5jseACI&feature=related
- Benarkah Tuhan tidak mengetahui semua perkara, sebagaimana pandangan Al-Farabi dan Ibnu Sina?
- Faham Qadariyyah.
- Alam ini qadim?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 105
http://www.youtube.com/watch?v=65wj_qscs04&feature=related
- Kaum falsafah aliran Dahriyyun, Tabi'iyyun dan Ilahiyyun.
- Intipati kuliah kali ini.
- Isi kuliah akan datang...



PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-17

APAKAH BIDANG ILMU FALSAFAH?
Adapun falsafah, tidaklah ia suatu ilmu yang berdiri sendiri, tetapi terdiri daripada 4 bahagian :
1. Ilmu matematik (kira-mengira dan ukur-mengukur)
2. Ilmu mantiq (ilmu logik)
3. Ilmu keTuhanan
4. Ilmu tentang alam (ilmu tabi’i)
Dalam kitabnya Al-Munqiz min Adh-Dhalal (Selamat dari Kesesatan), Imam Ghazali menambahkan dua lagi bidnag ilmu mereka iaitu:
1. Ilmu politik
2. Ilmu akhlak
ILMU KETUHANAN AHLI-AHLI FALSAFAH
Iaitu membahaskan zat Allah Ta’ala dan sifatNya. Ini termasuk dalam ilmu kalam.
Ahli-ahli falsafah tidak menyendiri mengenai ilmu keTuhanan dengan bentuk suatu ilmu yang lain, tetapi mereka menyendiri dengan bentuk aliran-aliran. Sebahagian daripadanya adalah kufur dan sebahagian lagi adalah bid’ah.
Sebagaimana aliran Mu’tazilah pun tidaklah merupakan suatu ilmu yang berdiri sendiri, tetapi para penganutnya adalah suatu golongan daripada ulama mutakallimin (ulama-ulama ilmu kalam). Dan ahli perbahasan dan pendalilan itu menyendiri dengan mazhab-mazhab yang batil. Maka seperti itu pulalah para ahli falsafah.
SIAPAKAH AHLI-AHLI FALSAFAH?
Mereka mengaku bahawa mereka ialah golongan logik, dan membawa pendalilan secara logik.
Ketahuilah, sekalipun mereka terbahagi kepada beberapa kumpulan, tetapi bolehlah dibahagikan kepada 3 sahaja iaitu :
1. Golongan Dahriyyun
2. Golongan Tabi’iyyun
3. Golongan Ilahiyyun
Dahriyyun
Mereka menafikan kewujudan Tuhan. Mereka percaya alam ini terjadi dengan sendirinya. Imam Al-Ghazali menyatakan mereka sebagai zindik. Maksudnya mereka bukan Islam.
Tabi’iyyun
Banyak mengkaji tentang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hasil kajian mereka menunjukkan adanya Pencipta kerana segala ciptaan itu dijadikan begitu sempurna. Maksudnya mereka yakin kewujudan Tuhan. Namun begitu mereka menafikan kebangkitan semula, hari akhirat, syurga, neraka, Padang Mahsyar, hisab dan lain-lain. Mereka juga menolak konsep pahala dan dosa. Bagi mereka tidak ada pahala dan dosa. Oleh itu mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu. Golongan ini juga disebut zindik. Mereka bukan Islam.
Ilahiyyun
Antara bidang yang dikuasai danq dikaji oleh golongan ini ialah matematik, kejuruteraan, geografi, biologi, keTuhanan, politik, akhlak dan mantiq (logik). Mereka percaya akan kewujudan Tuhan.
Antara tokoh golongan ini ialah Socrates, muridnya Plato, dan murid Plato iaitu Aristotle. Namun kaum Ilahiyyun ini terpecah pula kepada 2 puak. Menurut Imam Al-Ghazali, Aristotle tidak menerima pendapat Plato dan Socrates, malah Aristotle menganggap mereka berdua tidak bersih dan masih kekal dalam kekufuran dan bid’ah.
APAKAH YANG DIKAFIRKAN OLEH AL-GHAZALI?
Terdapat 20 perkara asas pegangan kaum ini yang ditolak oleh Imam Al-Ghazali iaitu :
1. 3 perkara yang wajib dikufurkan.
2. 17 perkara yang dibid’ahkan.
APAKAH 3 PERKARA YANG WAJIB DIKUFURKAN ITU?
Pertama – Tentang alam akhirat. Golongan ini percaya yang jasad tidak akan dihimpun semula dengan ruh selepas kematian. Kenikmatan syurga dan keazaban neraka itu juga bersifat rohani, bukan jasmani. Sedangkan menurut ajaran agama Islam, jasad kita akan berhimpun semula dengan ruh di akhirat nanti, dan syurga neraka itu dialami oleh rohani & jasmani.
Kedua – Tuhan hanya mengetahui perkara2 yang bersifat umum, dan tidak mengetahui perkara2 yang kecil-kecil. Hal ini juga berbeza dgn pegangan umat Islam iaitu Tuhan Maha Mengetahui segala perkara.
Ketiga – Mereka percaya alam ini qadim. Maksudnya alam ini sudah sedia ada sebagaimana Tuhan yang sudah sedia ada sejak azali. Unsur-unsur awal yang menjadikan alam ini sudah sedia ada bersama-sama Tuhan. Tuhan bukanlah Pencipta segala sesuatu kerana ada benda yang tidak diciptakan oleh Tuhan tetapi benda itu sudah sedia wujud.
Keyakinan umat Islam tentunya berbeza. Kita percaya alam ini baharu. Pada asalnya ia tidak ada, yang ada hanyalah Tuhan. Selepas Tuhan menciptakan alam ini, barulah alam ini wujud. Alam tidak qadim. Yang qadim hanyalah Allah. Tuhan menciptakan segala sesuatu termasuklah alam ini.