29.9.11

Audio Syarah Ihya 80-85 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 80

- Tingkat-tingkat warak. Di manakah kita?
- Tingkat-tingkat bersih/ suci. Di manakah kita?
- Cara-cara membersih/ menyuci diri.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 81
http://www.youtube.com/watch?v=6Up93zIqtSw
- Tentang zihar.
- Tentang li'an.
- Mengapa umat Islam ketinggalan pada hari ini?
- Ilmu dan dakwah umpama makan dan buang air.
- Rutin harian kebanyakan orang Islam...

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 82
http://www.youtube.com/watch?v=z-tPFRFVP7w
- Kerja ke-7 yang diabaikan oleh ramai umat Islam.
- Cara berdakwah & menuntut ilmu.
- Apakah ilmu-ilmu jalan ke akhirat?
- Apa itu ilmu mukasyafah?
- Apa jadi jika kita tidak ada ilmu mukasyafah?
- Bagaimana mahu selamat?
- Siapa yang terdinding daripada memperolehi ilmu mukasyafah?
- Mengapa ada orang yang tidak yakin dengan ilmu mukasyafah?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 83
http://www.youtube.com/watch?v=awjfg8B1V0s
- Keistimewaan ilmu mukasyafah.
- Apa itu alam malakut?
- Kampung akhiratlah kehidupan sebenar.
- Apa kata Syeikh Fathi Yakan dalam Maza Ya'ni Intimai lil Islam?
- Dunia ibarat sampah busuk, tulang reput dan lebih hina daripada bangkai anak kambing BERBANDING akhirat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 84
http://www.youtube.com/watch?v=GJmBZ-kNj4c
- Dunia yang tidak sampai sebelah sayap nyamuk.
- Al-Ghazali tidak pernah membuang dunia, bahkan memperjuangkannya.
- Dunia ialah penjara bagi orang-orang beriman dan syurga bagi orang-orang kafir.
- Lagi keistimewaan ilmu mukasyafah.
- Hakikat syurga dan neraka.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 85
http://www.youtube.com/watch?v=f8-yliCfj4A
- Bila tak dapat, maksudnya dapatlah tu.
- Bercerai ke bersekutu?
- Dalam gelap ke dalam terang?



PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-14


ILMU JALAN KE AKHIRAT

Jika engkau mengatakan : “Huraikanlah kepada aku dengan jelas akan ilmu jalan ke akhirat itu, yang menunjukkan isi serta tujuannya, sekalipun (huraian itu) tidak sampai benar-benar terperinci.”

Maka ketahuilah, bahawa ilmu jalan ke akhirat itu ada dua macam :

1. Ilmu mukasyafah 2. Ilmu mua’ammalah.

Pertama : ilmu mukasyafah itu ialah ilmu batin. Dan itulah kesudahan (penamat) segala ilmu.

Telah berkata sebahagian ‘ariffin (orang-orang yang arif tentang Allah SWT) : “Orang yang tidak mempunyai bahagian dari ilmu mukasyafah ini, aku khuatir akan buruk kesudahannya (mati dalam keadaan yang rugi). Sekurang2 bahagian drpdnya ialah mengakui ilmu itu dan tunduk (hormat) kepada ahlinya.”

Berkata yang lain : “ Orang yang ada padanya dua perkara, tidak akan terbuka baginya sedikitpun dari ilmu (mukasyafah) ini, iaitu berbuat bid’ah atau takbur.”

Ada lagi yang mengatakan : “Barangsiapa mencintai dunia atau selalu memperturutkan hawa nafsu, nescaya dia tidak akan yakin dengan ilmu (mukasyafah) ini, dan mungkin dia yakin kepada ilmu-ilmu yang lain. Sekurang-kurangnya penyeksaan terhadap orang yang mengengkarinya ialah tidak merasakan sedikitpun kelazatan ilmu ini.”

Itulah ilmu orang-orang siddiqin dan muqarrabin, yakni ilmu mukasyafah. Iaitu ibarat cahaya yang lahir dalam hati ketika penyucian dan pembersihannya dari sifat-sifat yang tercela. Dari cahaya itu tersingkaplah beberapa banyak keadaan yang tadinya namanya pernah didengar. Maka diragukan pengertiannya yang tidak terhurai, lagi tidak jelas.

Lalu jelaslah ketika itu, sehingga berhasillah ma’rifat yang hakiki dengan Zat Allah SWT, dan sifatNya yang kekal sempurna, perbuatanNya dan hukumNya pada kejadian dunia dan akhirat.

Cara penyusunanNya melebihkan akhirat dari dunia, mengenal erti kenabian dan nabi, erti wahyu, erti syaitan, erti kata-kata malaikat dan syaitan-syaitan, cara permusuhan syaitan dengan manusia, bagaimana kedatangan malaikat kepada nabi-nabi, bagaimana sampai wahyu itu kepada nabi-nabi, mengenal alam malakut langit dan bumi, mengenal hati dan betapa pertempuran antara bala tentera malaikat dan syaitan di dalam hati, mengenal perbezaan antara langkah malaikat dan langkah syaitan, mengenal akhirat, syurga dan neraka, azab kubur, titian, timbangan, hitungan amal dan maksud firman Allah Taala:

“Bacalah kitabmu. Cukuplah pada hari ini engkau membuat perhitungan atas dirimu sendiri.” (Al-Isra’ : 14)

Dan maksud firman Allah Taala: “Dan bahawa kampung akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, kalau mereka mengetahui.” (Al-Ankabut : 64)

Dan erti bertemu dengan Allah Ta’ala dan memandang kepada WajahNya Yang Maha Mulia, erti dekat dengan Allah dan bertempat di sampingNya, erti memperoleh kebahagiaan dengan menemani alam arwah, malaikat dan nabi-nabi, erti berlebih kurangnya pangkat ahli syurga, sehingga mereka melihat satu sama lain, seumpama menampak bintang bersinar di lembaran langit dan lain-lainnya yang panjang kalau hendak dibentangkan.

Kerana manusia, mengenai pengertian hal-hal yang tersebut di atas sesudah membenarkan pokok-pokoknya, mempunyai beberapa tingkat.

Sebahagian mereka berpendapat bahawa semuanya itu hanyalah contoh-contoh. Dan yang disediakan oleh Allah untuk hamba-Nya yang soleh ialah sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas di dalam hati manusia. Dan tidak adalah serta makhluk itu syurga, selain dari sifat-sifat dan nama-nama.

Sesetengah berpendapat bahawa sebahagian adalah contoh-contoh dan sebahagian lagi bersesuaian dengan hakikat yg sebenarnya yg difahami dgn kata2nya.

Demikian juga, sebahagian mereka berpendapat bahawa kesudahan mengenal Allah Taala ialah mengakui kelemahan diri daripada mengenal-Nya.

Sebahagian lagi mendakwakan beberapa hal yang agung tentang mengenal Allah Ta’ala.

Ada lagi yang mengatakan, bahawa batas mengenal Allah Ta’ala itu ialah apa yang sampai kepada aqidah orang kebanyakan, iaitu beriman (percaya) bahawa Allah Ta’ala itu ada, Maha Mengetahui, Maha Kuasa, Mendengar, Melihat dan Berkata-kata.

Kami maksudkan dengan ilmu mukasyafah itu ialah bahawa terangkat tutup (hijab) yang menutupi sehingga jelaslah kenyataan kebenaran Allah pada semuanya itu dengan sejelas-jelasnya, laksana memandang yang tidak diragukan lagi.

Hal yang demikian itu mungkin pada diri manusia sekiranya tidak cermin hatinya telah tebal dengan karat dan kotor dengan kotoran dunia.

Abu Zulfiqar Amsyari