18.12.11

Video Syarah Ihya' 132-138 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 132

http://www.youtube.com/watch?v=8xG-SaY8f2c
- KULIAH KALI KE-22.
- Imbasan kuliah yang lalu.
- Bagaimana hendak mengenali orang 'alim?
- Apakah ilmu2 fardhu 'ain yang berdosa jika sengaja tidak dipelajari itu?
- Apakah ilmu2 jalan ke akhirat? Ada 2 sahaja? Apakah dia?
- Manakah had paling bawah dalam ilmu fardhu 'ain mukasyafah?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 133
http://www.youtube.com/watch?v=vFXd12unU1Q
- Di mana hendak mendapatkan ilmu fardhu 'ain MUAMMALAH?
- Apa itu ILMU LADUNI?
- Bagaimana hendak mendapatkan ilmu laduni?
- 40 tahun Imam Ahmad doakan gurunya Imam Syafi'i.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 134
http://www.youtube.com/watch?v=q4Bjwn4_JhU
- Apa berlaku sekiranya matahari dicuri makhluk asing?
- 5 ciri mujtahid-mujtahid mutlak.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 135
http://www.youtube.com/watch?v=p0IUzqa6RMI
- 'Pakaian' para ulama mazhab.
- Imam Malik berlebih-lebihan?
- Berabdi kerana cinta?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 136
http://www.youtube.com/watch?v=HQjhyK2yWQ0
- Imam Malik dicemeti.
- Imam Malik yang tiada rumah.
- Perihal kitab Al-Muwatta'.
- Imam Malik tidak setuju hanya pandnagannya sahaja digunakan untuk seluruh umat Islam.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 137
http://www.youtube.com/watch?v=1TMpQSUIdro
- Kelebihan Madinah.
- Bila masanya ilmu dimulia atau direndahkan?
- Kisah Sultan Melaka berguru.
- Beribadah seluruh malam.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 138
http://www.youtube.com/watch?v=FMJ6-fBkrFU
- Imam Abu Haniffah sanggup dipukul kerana tolak jawatan pengurus baitul mal.
- Apa yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah kepada wang yang diterimanya?
- 3 perlakuan Imam Abu Hanifah yang patut kita contohi.
- Penutup kuliah ke-22.

IMAM MALIK (PENGASAS MAZHAB HANBALI)

Menurut riwayat, Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur melarang Imam Malik daripada meriwayatkan hadith tentang talak daripada orang yang dipaksakan. Kemudian Abu ja’far mengancam orang yang bertanyakan hal itu kepada Imam Malik. Lalu Imam Malik menyambut ancaman tadi dengan meriwayatkan di muka umum hadith Nabi yang menerangkan bahawa tidak jatuh talak orang yang dipaksa. Maka khalifah menyuruh pukul Imam Malik dengan cemeti, tetapi dia terus meriwayatkan hadith itu.

Tentang zuhudnya Imam Malik menghadapi dunia, dibuktikan oleh riwayat bahawa Khalifah Al-Mahdi bertanya kepada Imam Malik : “Adakah tuan memiliki rumah?”

“Tidak ada,” jawab Imam Malik.

Khalifah Harun Ar-Rasyid bertanya kepada Imam Malik : “Adakah tuan mempunyai rumah?”

“Tidak ada,” jawabnya.

Lalu Harun Ar-Rasyid menganugerahkan wang 3,000 dinar kepada Imam Malik seraya mengatakan : “Belilah rumah dengan wang ini.”

Imam Malik mengambil wang itu tetapi tidak dibelinya rumah.

Ketika Harun Ar-Rasyid ingin bertambah terkenal, lalu mengatakan kepada Imam Malik : “Sayugialah tuan pergi bersama-sama kami. Aku bercita-cita membawa perhatian manusia kepada kitab Al-Muwatta’, sebagaimana Khalifah Uthman membawa perhatian manusia kepada Al-Quran.”

Imam Malik menjawab : “Adapun membawa manusia kepada kitab Al-Muatta’, tidak ada jalan kepadanya kerana para sahabat Rasulullah saw sudah bertebaran ke segenap negeri sesudah wafatnya, lalu mereka memperkatakan hadith. Maka setiap penduduk negeri ada ilmunya. Nabi saw pernah mengatakan :

“Perbezaan pendapat umatku adalah satu rahmat.” (Baihaqi, sanad dhaif)

Bahawa Imam Asy-Syafi’i menerangkan : “Aku melihat di pintu tempat tinggal Imam Malik seekor kuda Khurasan, namanya ‘Misr’. Aku belum pernah melihat kuda secantik itu. Lalu aku mengatakan kepadanya : “Alangkah cantiknya kuda ini!”

Maka beliau menjawab : “Kuda ini hadiah aku kepada kamu wahai Abu Abdullah.”

Maka aku menjawab : “Biarlah kuda ini untuk tuan hamba, menjadi tunggangan tuan hamba sendiri.”

Imam Malik menyambung : “Aku malu kepada Allah Ta’ala memijak tanah dengan kuku kuda di mana di dalamnya dikuburkan Nabi Allah saw.”

Lihatlah betapa kemurahan hati Imam Malik dengan menyerahkan semuanya itu sekaligus dan betapa penghormatannya kepada tanah Madinah.

“Madinah ini lebih baik bagi mereka seandainya mereka mengetahuinya.” (Bukhari, Muslim)

“Madinah itu menghilangkan kotorannya seperti penempaan menghilangkan kotoran besi.” (Bukhari, Muslim)

Kata Imam Malik kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid : “Sesungguhnya ilmu itu adalah seumpama wang keluar daripadamu. Jikalau engkau muliakan, maka mulialah dia dan jika engkau hinakan, maka hinalah dia. Ilmu itu didatangi dan tidak mendatangi.”

IMAM ABU HANIFAH (PENGASAS MAZHAB HANAFI)

Menurut cerita Hammad bin Abi Sulaiman, adalah Imam Abu Hanifah menghidupkan seluruh malamnya dnegan ibadah. Menurut riwayat yang lain, dia menghidupkan setengah malam dengan ibadah.

Pada suatu hari, Imam Abu Hanifah lalu di jalan besar. Lalu orang menunjuk kepadanya yangs edang berjalan kaki, dengan mengatakan kepada orang lain : “Itulah dia orang yang menghidupkan seluruh malamnya dengan ibadah.”

Maka sentiasalah sesudah itu dia menghidupkan seluruh malamnya dengan ibadah dan mengatakan : “Aku malu kepada Allah SWT disebutkan tentang ibadahku yang tidak sebenarnya.”

Mengenai zuhudnya, diriwayatkan dari Ar-Rabi’ bin ‘Ashim yang mengatakan : “Aku diutus oleh Yazid bin Umar bin Hubairah. Maka aku datang menjumpai Abu Hanifah. Yazid mahu mengangkat Abu Hanifah menjadi pengurus baitul mal. Dia menolak lalu dipukul 20 kali.”

Lihatlah bagaimana dia lari dari pangkat dan bersedia menanggung azab sengsara.

Imam Hanafi meninggalkan pesanan kepada anaknya : “Apabila aku mati nanti dan aku sudah dikuburkan, ambillah dirham yang puluhan ribu ini dan bawalah kepada Al-Hasan bin Quthubah dan katakan kepadanya : “Ambillah barang simpanan engkau yang engkau simpan pada Abu Hanifah.”

Kata Syuraik An-Nakha’i : “Adalah Abu Hanifah seorang pendiam, selalu berfikir dan sedikit berbicara dengan manusia.”

30.11.11

Video Syarah Ihya' 125-131 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 125

http://www.youtube.com/watch?v=fm0jw66wzDI
KULIAH KALI KE-21
- Imbas kembali kuliah ke-20.
- Kehati-hatian Imam Asy-Syafi'i dan Imam Malik.
- Berlian bersalut lumpur.
- Imam Syafi'i dan 10,000 dirham.
- Berkorban pada jalan Allah biar kena gaya.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 126
http://www.youtube.com/watch?v=iOABYuE1Cf8
- Bagaimana mahu capai kesempurnaan iman?
- Tarbiyyah hati hanya dalam kitab2 tasawuf, bukan kitab fiqh.
- Tiga tungku agama - tauhid, fiqh, tasawuf.
- Mahu mendapatkan hati yang teguh?
- Kisah nabi2 Ulul Azmi.
- Ujian2 ke atas Nabi Nuh as.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 127
http://www.youtube.com/watch?v=mWDpi8MZv-I
- Ujian2 ke atas Nabi Ibrahim.
- Ujian2 ke atas Nabi Musa.
- Ujian2 ke atas Nabi Isa.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 128
http://www.youtube.com/watch?v=vhzfdFeOiHo
- Ujian2 ke atas Nabi Isa.
- Kenapa Tuhan jadikan kita manusia?
- Tafsiran mimpi berenang.
- Kuliah ke-21 bermula.
- Bagaimana mahu jadi seorang 'alim?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 129
http://www.youtube.com/watch?v=LiykCfI1QdQ
- Ciri-ciri orang 'alim.
- Tujuan Imam Syafi'i.
- Berapa lama Imam Ahmad doakan Imam Syafi'i?
- Siapa yang doakan kita setiap hari?
- Adab sesama ulama mazhab sekalipun berbeza mazhab.
- Imam Syafi'i umpama matahari dan kesihatan bagi manusia.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 130
http://www.youtube.com/watch?v=Z-b0vAVJxP0
- 40 tahun berdoa tanpa lupa akan Imam Syafi'i.
- Perihal Imam Malik.
- 5 'pakaian' para mujtahid mutlak.
- Kecintaan ImamMalikkepada sunnah Rasulullah saw.
- Boleh berlebih sedikit dalam mencintai?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 131
http://www.youtube.com/watch?v=6lSBiw1lnqU
- Atas dasar cinta...
- Imam Malikmenerima 48 soalan...
- Adab berguru, doakan guru.
- Intisari kuliah kali ini.
-Soalan - asal manusia.


PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-21

Ditanya kepada Imam Asy-Syafi’i : “Bilakah seseorang itu dipandang ‘alim?”

Dia menjawab : “Apabila dia yakin pada sesuatu ilmu lalu diajarinya ilmu itu. Kemudian dia menempuh ilmu-ilmu yang lain, maka dilihatnya mana yang belum diperolehnya. Ketika itu barulah dia seorang ‘alim.”

Adapun maksudnya dengan ilmu fiqh dan perdebatan di dalamnya adalah semata-mata Wajah Allah Ta’ala. Dalil untuk itu ialah riwayat yang menerangkan bahawa Imam Asy-Syafi’i pernah berkata : “Aku ingin manusia mengambil manfaat daripada ilmu ini dan ilmu-ilmu lain yang ada padaku, meskipun sedikit.”

Maka lihatkah betapa Imam Asy-Syafi’i memerhatikan kepada bahaya ilmu dan mencari nama baginya.

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal : “Tidak pernah aku melakukan solat selama 40 tahun, yang aku tidak berdoa kepada Imam Asy-Syafi’i.”

Kerana banyaknya doa Imam Ahmad bin Hanbal kepada Imam Asy-Syafi’i, maka bertanyalah anaknya : “Orang manalah Asy-Syafi’i itu sampaikan ayah mendoakan semua doa ini?”

Maka Imam Ahmad bin Hanbal menjawab : “Wahai anakku! Imam Asy-Syafi’i itu adalah seumpama matahari bagi dunia dan kesihatan bagi manusia.”

Lihatlah, adakah bagi dua perumpamaan tadi orang yang dapat menggantikannya?

Imam Ahmad pernah berkata : “Tiada seorang pun menyentuh botol tinta dengan tangannya melainkan ada jasa Imam Asy-Syafi’i padanya.”

Yahya bin Said Al-Qattan berkata : “Tidak pernah aku bersolat selama 40 tahun, yang aku tidak berdoa di dalamnya kepada Imam Asy-Syafi’i. Kerana Allah Azza wa Jalla telah membuka ilmu baginya dan memberinya taufik kepada jalan yang benar.”

Adapun akan Imam Malik, maka dia juga berpakaian dengan yang lima perkara itu.

1. ‘Abid (rajin beramal ibadah)

2. Zahid (seorang yang zuhud, tidak cinta akan dunia)

3. ‘Alim (banyak ilmu agama)

4. Sedar dan faham kepentingan umat.

5. Melakukan segala sesuatu kerana mengharapkan Wajah Allah Ta’ala (keredhaan-Nya, kasih sayang-Nya, benar-benar ikhlas)

Inilah 5 perkara di mana yang diikuti oleh ulama fiqh sekarang daripada kesleuruhannya hanyalah satu perkara sahaja, iaitu memberi tenaga dan bersangatan membuatkan fiqh itu bercabang-cabang.

Imam Malik sangat memuliakan ilmu agama, sehingga apabila dia hendak meriwayatkan hadith, maka terlebih dahulu dia mengambil wudhuk dan duduk di hadapan tempat duduknya dengan menyisirkan janggutnya, memakai bau-bauan serta duduk dengan tenang dan bersikap, maka barulah dia meriwayatkan hadith itu.

Kerana caranya sebegitu, maka orang bertanya kepadanya lalu dia menjawab : “Aku suka membesarkan hadith Rasulullah saw.”

...ucapan Imam Asy-Syafi’i : “Aku melihat Imam Malik ketika diajukan kepadanya 48 masalah, maka dia menajwab tentang 32 daripada masalah-masalah itu : “Aku tidak tahu.”

Orang yang bertujuan dengan ilmunya bukan Wajah Allah Ta’ala tentu tidak bersedia mengaku tidak tahu.

Imam Asy-Syafi’i berkata : “Apabila disebut nama ulama, maka Malik ialah bintangnya yang cemerlang. Dan tidak ada seorang pun yang lebih banyak jasanya kepada aku daripada Imam Malik.”

Video Syarah Ihya' 118-124 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 118

http://www.youtube.com/watch?v=84uHR11q_YU
- Kelebihan Imam Asy-Syafi'i.
- 2 kali khatam Quran sehari dalam solat.
- 16 tahun tidak pernha makan sehingga kenyang.
- Tidur hanya 1/3 malam.
- 2/3 malam...

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 119
http://www.youtube.com/watch?v=KFjLsvUmG-8
- Mimpi Abu Zulfiqar.
- Seimbangkah ilmu dan amal kita?
- Ilmu dan amal seumpama pemanah.
- Mazhab-mazhab fiqh.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 120
http://www.youtube.com/watch?v=DVrDQphDeCo
- Mazhab Ath-Thauri.
- Kehati-hatian Imam Syafi'i dalam menjawab.
- Ilmu jangan disalut dengan dosa.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 121
http://www.youtube.com/watch?v=kdu67Hs4Sa4
- Cinta akan Allah bercampur cinta akan dunia?
- Ambillah dunia, cintailah Allah.
- Berkorban pada jalan Allah biar kena gaya.
- Pengsan mendengar hadith.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 122
http://www.youtube.com/watch?v=a7nafph1qnA
- Pengsan dan mati mendengar Al-Quran.
- Zuhud.
- Pentingnya Al Quran terjemahan.
- Mencari kesempurnaan iman.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 123
http://www.youtube.com/watch?v=3YNdA2n2W-o
- Mencari adab-adab hati daripada kitab-kitab fiqh? Mana mungkin!
- Bagaimana mendapatkan keteguhan hati?
- Ujian ke atas nabi-nabi.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 124
http://www.youtube.com/watch?v=aSgK2UhjcK0
- Penutup kuliah kali ke-20.


PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-20


Ditanyakan kepada Imam Asy-Syafi’i tentang suatu masalah, maka dia diam. Ketika ditanyakan lagi : “Mengapa tuan tidak menjawab? Kiranya Allah merahmati tuan.”

Maka beliau menjawab : “Aku berfikir, sehinggalah aku mengetahui mana yang lebih baik, pada diamku ataupun jawapanku.”

Lihatlah betapa diawasi lidahnya sedangkan lidah itu adalah anggota badan yang paling berkuasa bagi ulama fiqh dan paling payah mengekang dan menundukkannya. Dengan itu, jelaslah bahawa dia tidak berkata-kata atau diam kecuali untuk memperoleh keutamaan dan pahala.

Berkata Imam Asy-Syafi’i : “Seorang ali falsafah menulis surat kepada seorang ahli falsafah. Antara isinya : “Engkau telah mendapat ilmu, maka janganlah engkau kotorkan ilmumu itu dengan kegelapan dosa. Nanti engkau akan tinggal dalam kegelapan pada hari ahli ilmu bekerja dengan nur ilmunya.”

Adapaun zuhudnya maka Imam Asy-Syafi’i berkata : “Barangsiapa mendakwakan bahawa dia mengumpulkan antara cinta kepada dunia dan cinta kepada Pencipta dunia dalam hati nuraninya, maka dia itu berbohong.”

Berkata Al-Humaidi : “Imam Asy-Syafi’i pergi ke Yaman bersama beberapa orang pembesar negeri. Lalu dia berangkat ke Makkah dengan membawa wang 10,000 dirham. Di luar kota Makkah dibangunnya suatu tempat tinggal. Maka berdatanganlah manusia kepadanya. Dia terus menetap di tempat itu sampai wang itu habis dibahagi-bahagikannya.”

Betapa kuat zuhudnya dan sangat takutnya kepada Allah Ta’ala serta kemahuannya dengan akhirat adalah dibuktikan oleh apa yang diriwayatkan bahawa sesungguhnya Sufyan bin ‘Uyainah meriwayatkan suatu hadith tentang sifat yang halus-halus, lalu pengsanlah Asy-Syafi’i. Maka orang mengatakan kepadanya Imam Asy-Syafi’i sudah meninggal dunia. Lalu Sufyan menjawab : “Jika benarlah dia sudah meninggal, maka sudah meninggallah orang yang paling utama pada zamannya.”

Dan apa yang diriwayatkan Abdullah bin Muhammad Al-Balawi dengan katanya : “ Adalah aku dan Umar bin Nabtag duduk memperkatakan tentang orang ‘abid dan orang zahid. Maka berkata Umar kepadaku : “Belum pernah aku melihat orang yang lebih wara’ dan lancar berbicara daripada Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i. Aku, Imam Asy-Syafi’i dan Al-Harits bin Lubaid pergi ke Bukit Safa. Al-Harits ialah murid As-Salih Al-Marri. Dia mula membaca Al-Quran. Adalah dia mempunyai suara merdu, lalu membaca ayat ini :

“Inilah hari yang di kala itu mereka tidak dapat berbicara. Dan kepada mereka tiada diberikan keizinan, sehingga mereka dapat memajukan keberatan (pembelaan).” (Mursalat : 35-36)

Maka aku lihat Imam Asy-Syafi’i berubah warna mukanya, berkerut kulit keningnya, badannya gementar lalu jatuh tersungkur.

Imam Asy-Syafi’i berkata kepada Abdullah bin Muhammad Al-Balawi : “Orang yang ada padanya 3 perkara, maka sempurnalah imannya : orang yang menegakkan amar ma’ruf terhadap orang lain dan terhadap dirinya, orang yang menjalankan nahi mungkar terhadap orang lain dan terhadap dirinya, dan orang yang menjaga batas-batas yang ditentukan Allah Ta’ala.”

Maka Imam Asy-Syafi’i tidaklah memperolehi ketakutan dan kezuhudan itu daripada kitab berjual-beli dan sewa-menyewa dan kitab-kitab fiqh lain. Tetapi diperolehinya daripada ilmu akhirat yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith, kerana hukum daripada orang-orang terdahulu dan yang terkemudian tersimpan padanya.

Imam Asy-Syafi’i berkata : Barangsiapa tiada menjaga dirinya, maka tidak bergunalah ilmunya.”

Pada suatu hari bertanyalah ia (Abdul Qadir bin Abdul Aziz) kepada Imam Asy-Syafi’i : “Manakah yang lebih utama : sabar diuji ataupun diberi keteguhan hati?”

Maka menjawab Asy-Syafi’i : “Diberi keteguhan hati adalah darjat nabi-nabi. Dan tidak ada keteguhan hati itu selain sesudah diuji. Tidakkah engkau melihat yang Allah Ta’ala menguji Nabi Ibrahim as. Kemudian Dia memberikannya ketetapan hati? Dia menguji Nabi Musa as, kemudian Dia memberikannya ketettapan hati. Dia menguji Nabi Ayyub as, kemudian dia memberikannya ketetapan hati. Dan Dia menguji Nabi Sulaiman as, kemudian Dia memeberikannya ketetapan hati dan menganugerahinya kerajaan. Maka ketetapan hati itu adalah darjat yang paling utama.”

Kata-kata tersebut dari Imam Syafi’i menunjukkan betapa melaut fahamnya akan rahsia yang terkandung dalam Al-Quran, dan penglihatannya tentang kedudukan orang-orang yang menuju kepada Allah Ta’ala, baik nabi-nabi atau wali-wali. Semuanya itu ialah ilmu akhirat.

11.11.11

Video Syarah Ihya' 111-117 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 111

http://www.youtube.com/watch?v=TFMHf4g0h7I
- Bila mata tidak dapat melihat, jangan anggap sesuatu tidak ada...
- Imbasan kuliah terdahulu.
- Perihal ilmu kalam.
- Nabi Zulkifli dan Gautama Buddha.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 112
http://www.youtube.com/watch?v=KMh1tB5oAhQ
- Gautama Buddha dalam Surah Tiin?
- Gandingan nabi2 Ulul Azmi.
- Ibnu Sina minum arak atau jus buah?
- Dibenarkan buka keaiban orang? Bila?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 113
http://www.youtube.com/watch?v=pTKRvgbHocE
- Bolehkah umat Islam sebarkan sesuatu yang memudaratkan kepada umat bukan Islam?
- Isu konsert Elton John.
- Isu Seksualiti Merdeka.
- 3 bahagian mendekatkan diri dengan Tuhan.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 114
http://www.youtube.com/watch?v=tl0X7ZfWyGQ
- Kisah ulama-ulama fiqh terdahulu.
- Siapa yang dikecam oleh Imam Al-Ghazali?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 115
http://www.youtube.com/watch?v=-0q0PYiFYTA
- Kisah Imam Sufyan Ath-Thauri dengan khalifah. Khalifah dipanah petir.
- Bukti ke'abidan Imam Asy-Syafi'i.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 116
http://www.youtube.com/watch?v=3rmjdptH5jw
- 60 kali khatam Quran pada bulan Ramadhan!
- Pesanan Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna.
- 16 tahun Imam Syafi'i tidak pernah kenyang.
- Kemudaratan kenyang.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 117
http://www.youtube.com/watch?v=8pyo-7JZMyg
- Pelajaran akan datang...
- Intipati kuliah kali ini.


PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-19


Bahagian-bahagian yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala itu tiga :

1. Ilmu semata-mata, iaitu ilmu mukasyafah.

2. Amal semata-mata, iaitu seperti keadilan bagi seorang raja dan perhatiannya akan kepentingan rakyat.

3. Dan yang tersusun dari amal dan ilmu, iaitu ilmu jalan ke akhirat.

Yang empunya ilmu tersebut adalah sebahagian daripada ulama dan orang-orang yang beramal. Maka perhatikanlah kepada dirimu sendiri. Adakah engkau pada hari kiamat nanti dalam golongan ilmuwan Allah, ataupun yang beramal pada jalan Allah, ataupun dalam golongan kedua-duanya? Maka jadikanlah bahagianmu bersama kedua-dua golongan itu.

Akan kami nukilkan dari riwayat hidup ulama-ulama fiqh terdahulu, di mana engkau akan mengetahui nanti bahawa orang-orang yang menganut mazhab mereka telah berbuat zalim terhadap mereka, dan menjadi musuh terbesar dari ulama-ulama itu pada hari qiamat.

Para ulama yang terdahulu itu tidak bermaksud dengan ilmunya selain wajah Allah Ta’ala. Mereka tidaklah semata-mata untuk ilmu fiqh, tetapi mereka berbuat dan memerhatikan akan ilmu yang berhubungan dengan hati.

Sekarang akan kami sebutkan kata-kata ulama fiqh Islam, di mana engkau akan mengetahui bahawa yang kami sebutkan itu bukanlah mengecam mereka. Tetapi adalah kecaman kepada orang-orang yang menyatakan dirinya mengikuti dan menganut mazhab mereka. Kerana orang itu menyalahi dalam perbuatan dan perjalanan para ulama fiqh itu.

Adapun ulama fiqh yang menjadi pemimpin ilmu fiqh dan pahlawan umat, yakni mereka yang banyak pengikutnya pada mazhab-mazhab itu adalah lima iaitu : Asy-Syafi’i, Malik, Ahmad bin Hanbal, Abu Hanifah dan Sufyan Ath-Thauri, rahmat Allah kiranya kepada mereka semua.

Mereka masing-masing ialah ‘abid, zahid, ‘alim dengan dengan semua ilmu akhirat, faham akan kepentingan umat di dunia dan menghendaki dengan fiqhnya itu akan wajah Allah Ta’ala.

Ulama-ulama fiqh itu memberi tenaga dan mendakwakan dirinya serupa dengan imam-imam besar itu. Alangkah janggalnya membandingkan malaikat dengan tukang-tukang besi.

Adapun Imam Syafi’i, yang menunjukkan dia seorang ‘abid ialah riwayat yang menerangkan bahawa dia membahagikan malam kepada tiga bahagian. 1/3 untuk ilmu, 1/3 untuk ibadah dan 1/3 untuk tidur.

Berkata Ar-Rabi’ : “Adalah Imam Asy-Syafi’i mengkhatamakan Al-Quran dalam bulan Ramadhan 60 kali. Semuanya itu dalam solat. Al-Buaithi salah seorang sahabatnya mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan Ramadhan tiap-tiap hari sekali.”

Imam Asy-Syafi’i pernah berkata : “Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kekenyangan itu memberatkan tubuh, mengesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarikan tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu daripada beribadah.”