Dengan mengikuti pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumiddin (karya Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali), sebenarnya
kita turut mempelajari keseluruhan isi kandungan kitab-kitab berikut :
1. Minhajul ‘Abidin (Hujjatul Islam Imam
Al-Ghazali)
2. Bidayatul Hidayah (Hujjatul Islam Imam
Al-Ghazali)
3. Siyarus Salikin (Syeikh Abdus Samad
Al-Falimbani)
4. Hidayatus Salikin (Syeikh Abdus Samad
Al-Falimbani)
5. Bimbingan Mu’min/ Mu’minin (Syeikh
Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Damasyqi)
kerana umumnya isi kitab-kitab ini merupakan ringkasan
kepada kitab Ihya’ ‘Ulumiddin.
Selain kitab-kitab di atas, kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumiddin
oleh Al-Faqir Abu Zulfiqar pula mengandungi bonus berupa isi kandungan
kitab-kitab lain karangan Imam Al-Ghazali iaitu kitab :
1.
Al-Munqiz
min Adh-Dhalal
2.
Ar-Risalah
Al-Laduniyyah
3.
Misykatul
Anwar
4.
Kimiya’
As-Sa’adah
yang akan disulam dari semasa ke semasa (agar bersesuaian
dengan tempatnya) sehingga habis keseluruhan isi kitab-kitab tersebut.
Belajar 1 kitab, dapat 10 kitab.
Kepada pendengar-pendengar di internet, pastikan anda
mendengar/menonton keseluruhan fail dari fail pertama (sehingga JUN 2012, sudah
ada hampir 300 fail di Youtube).
Kepada hadirin kuliah, pastikan anda tidak terlepas walau
satu kuliah.
Selamat meningkatkan ilmu, keimanan dan amal-amal soleh.