19.10.11

Video Syarah Ihya 100-105 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 100

http://www.youtube.com/watch?v=YnFUU9Ca580
- Usaha untuk dunia vs usaha untuk akhirat.
- Nikmat berjuang, berkorban & bersusah-payah kerana agama Allah hanya ada di dunia.
- Mahu jadi ilmuwan agama 1,000 batu?
- Imbas kembali kuliah ke-16.
- Sedikit tentang para kekasih Allah.
- Ilmu Nabi Khidhir.
- Tauhid, fiqh & tasawuf.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 101
http://www.youtube.com/watch?v=45FAf1Df0BE
- 4 golongan berkaitan zuhud.
- Tentang kekafiran Al-Farabi dan Ibnu Sina.
- Apakah bidang2 dalam ilmu falsafah?
- Kalau tidak belajar...
- Ilmu keTuhanan dalam ajaran falsafah. Sebahagiannya kufur dan bid'ah.
- Siapakah ahli-ahli falsafah?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 102
http://www.youtube.com/watch?v=O7KaPeBc1Jk
- 3 golongan ahli falsafah.
- Apa pegangan kaum Dahriyyun?
- Bagaimana cara berhadapan dengan golongan ini?
- Alam ini terjadi dengan sendirinya?
- Berkenalan dengan kaum Tabi'iyyun.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 103
http://www.youtube.com/watch?v=b0wucCB1C_Y
- Benarkah Tuhan tidak mengetahui semua perkara, sebagaimana pandangan Al-Farabi dan Ibnu Sina?
- Faham Qadariyyah.
- Alam ini qadim?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 104
http://www.youtube.com/watch?v=8zJk5jseACI&feature=related
- Benarkah Tuhan tidak mengetahui semua perkara, sebagaimana pandangan Al-Farabi dan Ibnu Sina?
- Faham Qadariyyah.
- Alam ini qadim?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 105
http://www.youtube.com/watch?v=65wj_qscs04&feature=related
- Kaum falsafah aliran Dahriyyun, Tabi'iyyun dan Ilahiyyun.
- Intipati kuliah kali ini.
- Isi kuliah akan datang...



PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-17

APAKAH BIDANG ILMU FALSAFAH?
Adapun falsafah, tidaklah ia suatu ilmu yang berdiri sendiri, tetapi terdiri daripada 4 bahagian :
1. Ilmu matematik (kira-mengira dan ukur-mengukur)
2. Ilmu mantiq (ilmu logik)
3. Ilmu keTuhanan
4. Ilmu tentang alam (ilmu tabi’i)
Dalam kitabnya Al-Munqiz min Adh-Dhalal (Selamat dari Kesesatan), Imam Ghazali menambahkan dua lagi bidnag ilmu mereka iaitu:
1. Ilmu politik
2. Ilmu akhlak
ILMU KETUHANAN AHLI-AHLI FALSAFAH
Iaitu membahaskan zat Allah Ta’ala dan sifatNya. Ini termasuk dalam ilmu kalam.
Ahli-ahli falsafah tidak menyendiri mengenai ilmu keTuhanan dengan bentuk suatu ilmu yang lain, tetapi mereka menyendiri dengan bentuk aliran-aliran. Sebahagian daripadanya adalah kufur dan sebahagian lagi adalah bid’ah.
Sebagaimana aliran Mu’tazilah pun tidaklah merupakan suatu ilmu yang berdiri sendiri, tetapi para penganutnya adalah suatu golongan daripada ulama mutakallimin (ulama-ulama ilmu kalam). Dan ahli perbahasan dan pendalilan itu menyendiri dengan mazhab-mazhab yang batil. Maka seperti itu pulalah para ahli falsafah.
SIAPAKAH AHLI-AHLI FALSAFAH?
Mereka mengaku bahawa mereka ialah golongan logik, dan membawa pendalilan secara logik.
Ketahuilah, sekalipun mereka terbahagi kepada beberapa kumpulan, tetapi bolehlah dibahagikan kepada 3 sahaja iaitu :
1. Golongan Dahriyyun
2. Golongan Tabi’iyyun
3. Golongan Ilahiyyun
Dahriyyun
Mereka menafikan kewujudan Tuhan. Mereka percaya alam ini terjadi dengan sendirinya. Imam Al-Ghazali menyatakan mereka sebagai zindik. Maksudnya mereka bukan Islam.
Tabi’iyyun
Banyak mengkaji tentang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hasil kajian mereka menunjukkan adanya Pencipta kerana segala ciptaan itu dijadikan begitu sempurna. Maksudnya mereka yakin kewujudan Tuhan. Namun begitu mereka menafikan kebangkitan semula, hari akhirat, syurga, neraka, Padang Mahsyar, hisab dan lain-lain. Mereka juga menolak konsep pahala dan dosa. Bagi mereka tidak ada pahala dan dosa. Oleh itu mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu. Golongan ini juga disebut zindik. Mereka bukan Islam.
Ilahiyyun
Antara bidang yang dikuasai danq dikaji oleh golongan ini ialah matematik, kejuruteraan, geografi, biologi, keTuhanan, politik, akhlak dan mantiq (logik). Mereka percaya akan kewujudan Tuhan.
Antara tokoh golongan ini ialah Socrates, muridnya Plato, dan murid Plato iaitu Aristotle. Namun kaum Ilahiyyun ini terpecah pula kepada 2 puak. Menurut Imam Al-Ghazali, Aristotle tidak menerima pendapat Plato dan Socrates, malah Aristotle menganggap mereka berdua tidak bersih dan masih kekal dalam kekufuran dan bid’ah.
APAKAH YANG DIKAFIRKAN OLEH AL-GHAZALI?
Terdapat 20 perkara asas pegangan kaum ini yang ditolak oleh Imam Al-Ghazali iaitu :
1. 3 perkara yang wajib dikufurkan.
2. 17 perkara yang dibid’ahkan.
APAKAH 3 PERKARA YANG WAJIB DIKUFURKAN ITU?
Pertama – Tentang alam akhirat. Golongan ini percaya yang jasad tidak akan dihimpun semula dengan ruh selepas kematian. Kenikmatan syurga dan keazaban neraka itu juga bersifat rohani, bukan jasmani. Sedangkan menurut ajaran agama Islam, jasad kita akan berhimpun semula dengan ruh di akhirat nanti, dan syurga neraka itu dialami oleh rohani & jasmani.
Kedua – Tuhan hanya mengetahui perkara2 yang bersifat umum, dan tidak mengetahui perkara2 yang kecil-kecil. Hal ini juga berbeza dgn pegangan umat Islam iaitu Tuhan Maha Mengetahui segala perkara.
Ketiga – Mereka percaya alam ini qadim. Maksudnya alam ini sudah sedia ada sebagaimana Tuhan yang sudah sedia ada sejak azali. Unsur-unsur awal yang menjadikan alam ini sudah sedia ada bersama-sama Tuhan. Tuhan bukanlah Pencipta segala sesuatu kerana ada benda yang tidak diciptakan oleh Tuhan tetapi benda itu sudah sedia wujud.
Keyakinan umat Islam tentunya berbeza. Kita percaya alam ini baharu. Pada asalnya ia tidak ada, yang ada hanyalah Tuhan. Selepas Tuhan menciptakan alam ini, barulah alam ini wujud. Alam tidak qadim. Yang qadim hanyalah Allah. Tuhan menciptakan segala sesuatu termasuklah alam ini.

Audio Syarah Ihya 93-99 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 93

http://www.youtube.com/watch?v=f5FodISXyE8
- Fadhilat majlis ilmu.
- Imbas kembali kuliah kalai ke-15 yang lalu.
- Apa itu jalan ke akhirat?
- Ilmu mua'ammalah dan ilmu mukasyafah

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 94
http://www.youtube.com/watch?v=YCq-mFakRsg
- Sifat2 mamumah.
- Orang yang menuntut haknya itu tidak bersyukur?
- Zuhud ... bahasan kedua.
- 4 situasi tentang zuhud.
- Orang kaya pun zuhud? Orang miskin pun tidak zuhud?
- Di tangan dan di hati?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 95
http://www.youtube.com/watch?v=TDm0RFgUu5Q
- Tidak belajar ilmu mu'ammalah?
- Bahasa dalam.
- Ulama zahir dan ulama batin.
- Imam Syafi'i dengan Syaiban Si Penggembala.
- Ilmu-ilmu Nabi Khidhir?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 96
http://www.youtube.com/watch?v=uSc-UcQCrrM
- Sambungan hal Imam Syafi'i dan Syaiban Penggembala.
- Imam Ahmad, Yahya bin Muin dan Ma'ruf al-Karkhi.
- Tidak semestinya anak murid sealiran dengan guru.
- Al-Quran lengkap atau sempurna?
- Solat si anti-hadith.
- Kisah Uwais al-Qarni.
- Dialog Junaid al-Baghdadi dengan Sirri as-Saqti.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 97
http://www.youtube.com/watch?v=_mTNAHp-cvo
- Jadilah ahli hadith yang sufi, bukannya sufi yang yang ahli hadith.
- Apa itu ilmu kalam?
- Pandangan Imam Al-Ghazali tentang ilmu kalam.
- Akal kita yang terbatas.
- Masalah ilmu kalam.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 98
http://www.youtube.com/watch?v=gzNM4LXTys0
- Keterbatasan seluruh indera dan akal.
- Asal-usul ilmu kalam.
- Hubungan tauhid, fiqh dan tasauf.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 99
http://www.youtube.com/watch?v=pCSzecA5qCg
- Kepentingan Tauhid, Fiqh & Tasauf.



PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-16


Ahli wara’ dari ulama zahir mengakui kelebihan ulama batin dan mempunyai mata hati. Imam Asy-Syafi’i pernah duduk di hadapan Syaiban Si Penggembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “Bagaimana membuat itu dan itu?”

Maka dikatakan kepada Imam Asy-Syafi’i : “(Nampaknya) Seperti engkau bertanya kepada badwi ini?” Maka jawab Imam Syafi’i : “Sesungguhnya ini bersesuaian dengan apa yang kami lupakan.”

Imam Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Mu’in selalu pergi menemui Ma’ruf Al-Karkhi, padahal dalam ilmu zahir tidak ada orang lain yang setara dengan kedua-duanya. Imam Ahmad dan Yahya menanyakan : “Bagaimana?”

Sedang Rasulullah saw pernah bersabda ketika ditanyakan : “Apa yang kami perbuat apabila datang kepada kami suatu persoalan yang kami tidak peroleh dalam Kitab dan Sunnah?”

Maka Nabi saw menjawab : “Tanyakanlah kepada orang-orang soleh dan selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka.” (Thabrani, dipandang lemah oleh kebanyakan ahli hadith)

Kerana itulah dikatakan bahawa ulama zahir itu adalah hiasan bumi dan kerajaan, dan ulama batin adalah hiasan langit dan alam malakut.

Berkata Al-Junaid : “Guruku As-Sirri bertanya kepadaku pada suatu hari : “Apabila engkau berpindah daripadaku, maka dengan siapa engkau bercakap-cakap?”

Lalu aku menjawab : “Dengan Al-Muhasibi.”

Maka ia berkata : “ Ya, betul! Ambillah dari ilmunya dan adab kesopanannya. Tinggalkanlah dari engkau pemecahannya ilmu kalam dan serahkan itu kepada para ulama ilmu kalam sendiri (ulama mutakallimin).”

Kemudian tatkala aku berpisah, aku mendengar dia mengatakan : “Kiranya Allah menjadikan engkau seorang ahli hadith yang sufi. Tidak dijadikan-Nya engkau seorang sufi yang ahli hadith.”

Diisyaratkan oleh As-Sirri bahawa orang yang memperoleh hadith dan ilmu, kemudian bertasawuf, maka akan memperolehi kemenangan. Dan orang yang bertasawuf sebelum berilmu, maka akan membahayakan dirinya.

Kalau anda bertanya : “Mengapa engkau tidak membentangkan ilmu kalam dan falsafah dalam bermacam-macam ilmu itu dan anda terangkan bahada kedua-duanya itu tercela atau terpuji?”

Ketahuilah bahawa hasil yang dilengkapi padanya ilmu kalam ialah dalil-dalil yang bermanfaat. Maka Al-Quran dan hadith itu melengkapi padanya. Yang di luar dari Al-Quran dan Sunnah, maka adakalanya pertengkaran yang tercela dan ini termasuk perbuatan bid’ah, yang akan dijelaskan nanti. Dan adakalanya permusuhan yang menyangkut dengan parti-parti yang berlawanan. Dan merentang panjang dengan mengambil kata-kata yang kebanyakannya batil dan keliru, dipandang buruk oleh peribadi yang baik dan ditolak oleh telinga yang sihat. Dan sebahagiannya lagi campuran pada yang tidak ada hubungannya dengan agama. Bahkan tidak dikenal pada masa pertama dari agama.

Dan adalah turut campur padanya dengan keseluruhan termasuk bid’ah. Tetapi sekarang hukumnya telah berubah kerana telah muncul bid’ah yang menyeleweng dari kehendak Al-Quran dan Sunnah. Dan telah tampil suatu golongan yang mencampur-adukkan barang yang tidak jelas. Lalu mereka menyusun kata-kata yang tersusun, sehingga yang ditakuti itu memeperoleh keizinan kerana terpaksa. Bahkan telah menjadi sebahagian dari fardhu kifayah.

Iaitu kadar yang dihadapi oleh pembuat bid’ah. Dan yang demikian kepada batas yang tertentu, akan kami sebutkan nanti pada bab yang akan datang, insyaAllah Ta’ala.

12.10.11

Al-Ghazali Kufurkan Ahli Falsafah Islam?

PENDAHULUAN

Seorang hamba Allah mengemukakan persoalan di bawah :

“Assalamualaikum..saya ada 1 persoalan setelah membaca soal jawab ustaz di atas. Ustaz ada menyatakan "Imam al-Ghazali dalam kitabnya al-Munqiz min adh-Dhalal MENGKAFIRKAN Socrates, Plato dan Aristotle serta umat Islam yang mengikut mereka seperti Ibnu Sina dan al-Farabi." Berdasarkan kenyataan tersebut, adakah ini bermakna sarjana Islam yang terkenal dalam dunia Islam seperti Ibnu Sina dan al-Farabi adalah dari golongan orang-orang bukn Islam keraan mereka mengikut Socrates, Plato dan Aristotle? Atau mereka hanya mengikut dari segi pndangan ilmu tetapi tetap seorang Islam? Boleh ustaz perjelaskan pada saya...?

SIAPAKAH AHLI-AHLI FALSAFAH?

Golongan ahli falsafah ialah orang-orang yang mendakwa mereka ialah golongan ahli logik dan membawa pendalilan secara logik. Mereka terdiri daripada beberapa golongan, tetapi dalam kitab Al-Munqiz min Adh-Dhalal, Imam Al-Ghazali membahagikan kesemuanya kepada 3 golongan iaitu:

1. Dahriyyun

2. Tabi’iyyun

3. Ilahiyyun

Dalam golongan manakah Ibnu Sina dan Al-Farabi? Mari kita mengenali setiap golongan terlebih dahulu.

Dahriyyun

Mereka menafikan kewujudan Tuhan. Mereka percaya alam ini terjadi dengan sendirinya. Imam Al-Ghazali menyatakan mereka sebagai zindik. Maksudnya mereka bukan Islam.

Tabi’iyyun

Banyak mengkaji tentang manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hasil kajian mereka menunjukkan adanya Pencipta kerana segala ciptaan itu dijadikan begitu sempurna. Maksudnya mereka yakin kewujudan Tuhan. Namun begitu mereka menafikan kebangkitan semula, hari akhirat, syurga, neraka, Padang Mahsyar, hisab dan lain-lain. Mereka juga menolak konsep pahala dan dosa. Bagi mereka tidak ada pahala dan dosa. Oleh itu mereka menjadi hamba kepada hawa nafsu. Golongan ini juga disebut zindik. Mereka bukan Islam.

Ilahiyyun

Antara bidang yang dikuasai danq dikaji oleh golongan ini ialah matematik, kejuruteraan, geografi, biologi, keTuhanan, politik, akhlak dan mantiq (logik). Mereka percaya akan kewujudan Tuhan.

Antara tokoh golongan ini ialah Socrates, muridnya Plato, dan murid Plato iaitu Aristotle. Namun kaum Ilahiyyun ini terpecah pula kepada 2 puak. Menurut Imam Al-Ghazali, Aristotle tidak menerima pendapat Plato dan Socrates, malah Aristotle menganggap mereka berdua tidak bersih dan masih kekal dalam kekufuran dan bid’ah.

DI MANA IBNU SINA DAN AL-FARABI?

Di mana Ibnu Sina dan Al-Farabi? Mereka berada dalam kelompok ketiga kerana merekalah yang paling banyak mencedok ilmu-ilmu Aristotle. Jadi lanjutan tulisan ini akan dijuruskan kepada kaum Ilahiyyun sahaja.

Kata Imam Al-Ghazali : “...maka sewajarnyalah mereka (Socrates, Plato, Aristotle dan para pengikut ajaran mereka) itu dianggap kafir, dan juga mengkafirkan pengikut-pengikut mereka dalam kalangan ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi dan orang-orang seperti mereka.”

APAKAH YANG DIKAFIRKAN OLEH AL-GHAZALI?

Adakah Imam Al-Ghazali mengkufurkan keseluruhan pegangan kaum Ilahiyyun? Tentunya tidak. Beliau hanya menolak perkara-perkara yang salah dan yang melemahkan sahaja. Terdapat 20 perkara asas dalam pegangan kaum ini yang ditolak oleh Imam Al-Ghazali. Pembahagiannya adalah seperti berikut :

1. 3 perkara yang wajib dikufurkan.

2. 17 perkara yang dibid’ahkan.

Pengisian kita selanjutnya akan tertumpu kepada 3 perkara yang wajib dikafirkan sahaja, agar menepati kehendak soalan (iaitu tentang ‘kafir’).

Pertama – Tentang alam akhirat. Golongan ini percaya yang jasad tidak akan dihimpun semula dengan ruh selepas kematian. Kenikmatan syurga dan keazaban neraka itu juga bersifat rohani, bukan jasmani. Sedangkan menurut ajaran agama Islam, jasad kita akan berhimpun semula dengan ruh di akhirat nanti, dan syurga neraka itu dialami oleh rohani dan jasmani.

Kedua – Tuhan hanya mengetahui perkara-perkara yang bersifat umum, dan tidak mengetahui perkara-perkara yang kecil-kecil. Hal ini juga berbeza dengan pegangan umat Islam iaitu Tuhan Maha Mengetahui segala perkara.

“Tidak ada yang tersembunyi bagi-Nya sekalipun sebesar zarah, baik yang di langit mahupun yang di bumi, yang lebih kecil daripada itu ataupun yang lebih besar.” (Saba’ : 3)

Ketiga – Mereka percaya alam ini qadim. Maksudnya alam ini sudah sedia ada sebagaimana Tuhan yang sudah sedia ada sejak azali. Unsur-unsur awal yang menjadikan alam ini sudah sedia ada bersama-sama Tuhan. Tuhan bukanlah Pencipta segala sesuatu kerana ada benda yang tidak diciptakan oleh Tuhan tetapi benda itu sudah sedia wujud.

Keyakinan umat Islam tentunya berbeza. Kita percaya alam ini baharu. Pada asalnya ia tidak ada, yang ada hanyalah Tuhan. Selepas Tuhan menciptakan alam ini, barulah alam ini wujud. Alam tidak qadim. Yang qadim hanyalah Allah. Tuhan menciptakan segala sesuatu termasuklah alam ini.

“Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan haq.” (Al-An’am : 73)

“Dialah yang awal, dan yang akhir, yang zahir, yang batin.” (Al-Hadid : 3)

Inilah tiga perkara yang dikufurkan oleh Imam Al-Ghazali. Adakah dengan menolak 3 perkara di atas, menjadikan seseorang itu bukan Islam? .......

ADAKAH IBNU SINA DAN AL-FARABI MUSLIM?

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan. Adakah Ibnu Sina dan Al-Farabi (atau sesiapa sahaja) masih dikira Islam ataupun sudah bukan Islam (ketika mereka berpegang dengan 3 perkara di atas SAHAJA, sekiranya selepas itu mereka mengubah pendirian mereka sebelum meninggal dunia tanpa kita ketahui, tidaklah termasuk dalam perbincangan kita hari ini)?

Semua orang ada pandangan tersendiri. Anda sendiri cuba buat penilaian. Seandainya ada seseorang yang meyakini 3 perkara di atas, dia masih Islam atau bukan? Contohnya orang itu menyebutkan (dan meyakini) bahawa :

1. “Selepas kita mati nanti, jasad kita akan hancur dan lenyap. Di akhirat nanti, yang dibangkitkan hanyalah ruh. Ruh itulah yang akan masuk syurga ataupun neraka.”

2. “Bukan semua perkara Allah tahu! Ada perkara-perkara yang Allah tidak tahu. Dia tidak Maha Mengetahui. Tidak ada suatu apa pun yang bersifat Maha Mengetahui.”

3. “Alam ini bukan Allah yang buat. Ia sudah siap-siap ada. Bukan semua benda Allah cipta. Ada benda yang Allah tidak cipta.”

Bagaimana? .......

HUJAH-HUJAH KEMUSLIMAN MEREKA

Ibnu Sina dan Al-Farabi masih dalam kalangan orang-orang Islam. Antara hujah-hujahnya :

Pertama – Sefaham kita mereka mengakui dan meyakini Dua Kalimah Syahadah sehinggalah ke hari mati mereka. WaAllahua’lam.

Kedua – Kita digalakkan berpegang dengan saranan mendahulukan sangka baik berbanding sangka buruk selagi ada ruang yang sesuai untuk bersangka baik.

Ketiga – Standard penggredan Imam Al-Ghazali biasanya lebih tinggi daripada standard penggredan professor-profesor lain. Contohnya, jika gred A memerlukan markah 80% pada pandangan ulama lain, gred A pada Imam Al-Ghazali mungkin 85%. Jadi “kufur” pada Imam Al-Ghazali tidak semestinya membawa maksud seseorang itu telah terkeluar daripada agama Islam.

Dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin, Imam Al-Ghazali mengatakan ilmu-ilmu jalan ke akhirat itu ialah ilmu mukasyafah dan ilmu mu’ammalah. Jika kita belajar ilmu hadith dan ilmu fiqh sekalipun, masih belum dikira sebagai ilmu-ilmu jalan ke akhirat walaupun kedua-duanya bersangkutan dengan akhirat juga. Hal ini menunjukkan standard penggredan Imam Al-Ghazali yang tinggi.

Keempat – Ibnu Sina dan Al-Farabi kekal beribadah, iaitu mengerjakan syariat Nabi Muhammad saw sehinggalah ke akhir hayat mereka. Kegemaran Ibnu Sina meminum arak untuk dapatkan “feel” dan berubat tidaklah menjadikan dia seorang bukan Islam.

Al-Ghazali menulis dalam Al-Munqiz :

Tetapi apabila ditanya : “Mengapa kamu minum arak?”

Lantas ia (ahli falsafah) menjawab : “Dilarang minum arak itu kerana dikhuatiri membangkitkan perseteruan dan permusuhan. Tetapi aku dengan kebijaksanaanku dapat menghindarkan perkara tersebut. Sebaliknya aku bertujuan mempertajamkan lagi fikiranku.”

“Sehinggakan Ibnu Sina sendiri telah menulis wasiatnya yang dia telah berjanji dengan Allah tentang perkara-perkara tersebut. Dia membesarkan hukum-hukum syara’, tidak mencuaikan ibadat-ibadat keagamaan. Dia minum arak sebagai ubat dan bukannya untuk berseronok-seronok. Bahkan semasa kemuncak keimanannya dan sentiasa beribadat, dia tetap meminum arak dengan tujuan untuk berubat.”

Jelasnya Ibnu Sina menghalalkan arak bagi sesiapa yang mampu mengawal diri, lebih-lebih lagi jika arak itu membantu menguatkan pemikiran. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

HUJAH-HUJAH KETIDAKMUSLIMAN MEREKA

Bagaimana dengan pandangan yang mengatakan Ibnu Sina dan Al-Farabi bukan Islam lagi? Saya tidak nafikan hujah-hujah golongan ini juga bagus-bagus.

Pertama - Allah yang disembah oleh umat Islam ialah Dia Yang Maha Mengetahui. Mustahil Allah tidak Maha Mengetahui. Apabila golongan ini menyembah sesuatu yang tidak maha mengetahui, maksudnya mereka sudah menyembah ataupun tersembah selain Allah. Menyembah selain daripada Allah sebagai Tuhan, tentunya menjadikan mereka bukan Islam lagi.

Kedua – Allah yang disembah oleh umat Islam ialah Pencipta seluruh alam makhluk. Apabila golongan ini menyembah sesuatu yang tidak menciptakan segala perkara, maka sebenarnya mereka sedang menyembah selain Allah. Berabdi kepada selain Allah tentunya bukan Islam lagi.

Ketiga – Allah yang disembah oleh umat Islam bersifat qadim, dan hanya Dia sahaja yang qadim. Jika kita beri’tiqad bahawa ada sesuatu yang lain yang turut sama bersifat qadim, turut sama sedia ada sejak azali, hal ini sudah bertentangan dengan i’tiqad Ahli Sunnah wal Jamaah. Maksudnya Tuhan sudah ada saingan sejak azali. Tuhan tidak bersendirian. Tuhan tidak Esa. Tuhan yang sebegitu tidaklah bertepatan dengan Allah SWT yang disembah oleh umat Islam. Tuhan sebegitu sudah ada yang setara dengannya dari segi keazalian.

“Dan tidak ada suatu apa pun yang setanding dengan-Nya.” (Al-Ikhlas : 4)

Keempat – Dalam kitab Lisanul Mizan, Syeikh Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan para ulama pada zaman Ibnu Sina dan Al-Farabi menghukum mereka sebagai kafir.

KESIMPULAN

Ibnu Sina dan Al-Farabi masih dalam agama Islam ataupun tidak, yang pastinya kita jangan sesekali menerima pegangan-pegangan mereka yang nyata salah di sisi agama Islam, sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi.

Abu Zulfiqar

11 Oktober 2010


*Tajuk asal artikel ini ialah "Sejauhmana 'Kekafiran' IBnu Sina dan Al-Farabi" di http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/10/sejauhmana-kekafiran-ibnu-sina-dan-al.html

7.10.11

Audio Syarah Ihya' 86-92 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 86

http://www.youtube.com/watch?v=x-SfRNHFiJM
- Bersykur kerana kita jadi pilihan Tuhan untuk menimba ilmu.
- Apa kelebihan-kelebihan kita mencari ilmu agama?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 87
http://www.youtube.com/watch?v=R4X9TmyWGTg
- Nikmat berjuang pada jalan Allah tidak ada di syurga, hanya ada di dunia.
- Tetamu Allah berupa kelkatu.
- Apakah ilmu-ilmu jalan ke akhirat?
- 2 jenis hati.
- Apa kesannya jika kita tidak mempunyai ilmu mukasyafah?
- Jadi, bagaimana kita mahu selamat?
- Mengapa ada orang termasuk yang berilmu menolak ilmu mukasyafah?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 88
http://www.youtube.com/watch?v=ZmFjAQOhNLI
- Setakat mana kita boleh mengenal Allah?
- "Bahasa dalam" para sufi.
- 2 komponen utama dalam ilmu mu'ammalah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 89
http://www.youtube.com/watch?v=tQFNWnmyZ_g
- Pengenalan sifat-sifat mahmudah.
- Setakat mana yang dikatakan sabar?
- Adakah semua orang yang tidak puas hati itu dikira tidka bersyukur?
- Perihal zuhud. Satu contoh asas lagi mudah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 90
http://www.youtube.com/watch?v=4wp34G7cKzY
- Sambungan contoh asas zuhud.
- Sifat-sifat mazmumah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 91
http://www.youtube.com/watch?v=w8kv3fUZM9E
- Sambungan... sifat-sufat mazmumah.
- Ramai orang termasuk ulama yang mengejar fardhu kifayah, tetapi meninggalkan fardhu 'ain.
- Nasib orang-orang yang tidak mengambil tahu ilmu mu'ammalah ini di akhirat nanti.
- Ulama ilmu akhirat vs ulama ilmu dunia.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 92
http://www.youtube.com/watch?v=NCZzM3NjkeU
- Dunia dan ulama fiqh zaman Imam Al-Ghazali.
- Seimbas lalu kuliah kali ini.



PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-15


ILMU MUA’AMMALAH

Ilmu mua’ammalah ialah ilmu perihal hati (jiwa).

Apa yang terpuji (sifat-sifat mahmudah) daripadanya seperti sabar, syukur, takut, harap, rela, zuhud, taqwa, sederhana, pemurah, mengenal nikmat Allah Ta’ala dalam segala keadaan, ihsan, baik sangka, baik budi, baik pergaulan, benar dan ikhlas.

Maka mengetahui hakikat hal keadaan ini, batas-batasnya dan sebab-sebabnya yang diusahakan, hasil, tanda dan cara mengubati yang lemah daripadanya sehingga menjadi kuat dan yang hilang sehingga kembali, adlh termasuk sebahgian dpd ilmu akhirat.

Adapun yang tercela (sifat-sifat mazmumah) ialah takut miskin, marah kepada takdir, menokoh, dengki, busuk hati, menipu, meninggi, suka dipuji, mencintai hidup lama di dunia dengan bersenang-lenang, takbur, riya’, marah, keras kepala, suka bermusuhan, amarah, loba, kikir, gembira yang tidak kena pada tempatnya, angkuh, congkak, bangga dengan kejayaan di tangannya, menyanjung orang kaya, menghina orang miskin, gila penghormatan dan pangkat, suka bersaing secara tidak jujur, menyombong diri untuk menerima kebenaran, suka campur hal yang tidak penting, banyak bercakap, memuji diri, menghias-hias budi pekerti, berminyak air, ujub, asyik memperkatakan kekurangan orang, melupakan kekurangan diri sendiri, hilang perasaan gundah dan takut dari hati, sangat menekan perasaan apabila tersinggung, lemah hati mencari kebenaran, mengambil teman zahir dari musuh batin, berasa aman daripada kemurkaan Allah Ta’ala, pada menarik apa sahaja dari pemberian-Nya, bersandar kepada taat, murka, khianat, tokoh-menokoh, panjang angan-angan, kesat dan kasar hati, gembira dengan dunia dan berdukacita atas kehilangannya, berjinak hati dengan makhluk dan berasa sepi bercerai dengan mereka, kaku, ceroboh, tergopoh-gapah, kurang maku dan kurang belas kasihan.

Maka mengetahui batas-batas hal ini, hakikatnya, sebabnya, hasilnya dan pengubatannya adalah ilmu akhirat dan fardhu ‘ain menurut fatwa ulama-ulama akhirat. Orang yang memalingkan muka dari ilmu tersebut adalah binasa dengan kekuasaan Raja Segala Raja di akhirat, sebagaimana orang yang memalingkan muka dari segala pekerjaan zahir adalah binasa dengan kekuasaan pedang raja-raja dunia, berdasarkan fatwa ahli fiqh dunia.

Maka pandangan ulama fiqh tentang fardhu ‘ain itu adalah bersandarkan kepada kepentingan dunia, sedangkan (ilmu mua’amalah) ini bersandarkan kepada kepentingan akhirat.

Apabila ditanyakan kepada seorang ahli fiqh tentang erti dari erti-erti ini, umpamanya tentang ikhlas, atau tentang tawakal, atau menjaga diri dari sifat riya’..... maka ia akan tertegun. Sedangkan kerana fardhu ‘ainnya (seperti ilmu mu’ammalah) apabila diabaikan, akan mendatangkan kebinasaannya di akhirat.

Tetapi cuba tanyakan tentang li’an, zihar, berlumba kuda dan memanah, nescaya akan diletakkannya di hadapan kamu berjilid-jilid buku dengan terperinci lagi mendalam, yang menelan banyak waktu, pafahal sedikitpun tidak diperlukan. Kalaupun ada diperlukan, nescaya tidaklah kosong negeri dari orang yang menyanggupinya. Dan cukuplah letih dan payah padanya, lalu sentiasa ia berpayah-payah padanya malam dan siang utk menghafal dan mempelajarinya, dan melupakan apa yang penting dalam agama.

Apabila didesak, maka ahli fiqh itu menjawab : “Aku menghabiskan waktu mempelajarinya kerana fiqh itu ilmu agama dan fardhu kifayah.” Ia mengelabui dirinya dan orang lain untuk mempelajarinya.

Orang yang cerdik itu tahu bahawa kalau adalah maksudnya melaksanakan perintah pada fardhu kifayah, tentu didahulukannya fardhu ‘ain. Bahkan juga akan didahulukannya banyak dari fardhu-fardhu kifayah yang lain daripada ilmu fiqh itu.

Berapa banyak negeri yang tidak berdoktor selain dari orang zimmi (orang bukan Islam yang tidak memusuhi Islam dan dilindungi pemerintah Islam). Orang zimmi itu menurut hukum fiqh tidak dapat diterima menajdi saksi mengenai hal yg menyangkut dgn kedoktoran.

Kemudian tidak seorang pun daripada orang Islam, kami lihat bekerja dalam lapangan kedoktoran. Mereka berlumba-lumba kepada ilmu fiqh, lebih-lebih (lagi dalam) masalah khilafiah dan perdebatan.

Negeri penuh dengan ulama fiqh, yang berkerja mengeluarkan fatwa dan memberi jawapan dari peristiwa-peristiwa yang terjadi. Wahai kiranya, bagaimana ahli-ahli fiqh agama memurahkan waktunya mengerjakan fardhu kifayah yang telah dikerjakan oleh suatu golongan, dan mengabaikan yang tak ada orang bangun mengerjakannya? Apdakah ini mempunyai sebab tertentu? Hanya pengetahuan kedoktoran itu tidak mudah menjadi pengurus harta wakaf, harta wasiat, pengawas harta anak yatim, menjadi hakim dan pemerintah, terkemuka dari teman sejawat dan berkuasa menghentam lawan.