http://www.youtube.com/watch?v=MTQd4jxrt6E - Kuliah kali ke-29. - 5 istilah terpuji yang sudah terubah maknanya. - Istilah fiqh, ilmu, tauhid, tazkir dan hikmah. - Syeikh Muhammad As-Suhaimi sebagai Al-Mahdi? - Apakah tariqat2 yang pernah diambilnya?
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 184 http://www.youtube.com/watch?v=d3EZK1CVy-k - Syari'at, tariqat, haqiqat, ma'rifat. - Syari'at menurut fiqh dan tasawuf. - Bicara "ihsan". - Hubungan antara tauhid, fiqh dan tasawuf. WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 185 http://www.youtube.com/watch?v=ZLPwYa6EkuM - Hubungan antara tauhid, fiqh & tasauf. - 'Ilmu yaqin, 'ainul yaqin, haqqul yaqin. - Dengar, lihat, rasa. - Takhalli, tahalli, tajalli. - Sifat2 mahmudah dan mazmumah.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 187 http://www.youtube.com/watch?v=ZM1QOxSQNjM - Syair, lagu dan alat muzik. - Menurut Imam Al-Ghazali, semua alat muzik dibenarkan. - Isi-isi syair dan lagu-lagu.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 188 http://www.youtube.com/watch?v=xCJEdeZvL8U - Orang2 yang tidak melaratnya syair bagi mereka. - Tentang program liqa' usrah. - Akhlak Nabi saw.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 189 http://www.youtube.com/watch?v=ppbwMOxARgs - Indahnya hidup bertasawuf. - Berzikir di mana-mana. - Sabarnya Rasulullah. - Keberanian Rasulullah. - Tentang bersalaman.
Jika cerita itu termasuk cerita nabi-nabi a.s. yang berhubungan dengan urusan agama dan tukang ceritanya itu benar dan ceritanya tidak salah, maka menurut aku (Al-Ghazali) dibolehkan.
Adapun syair, maka dicela membayakkannya dalam pengajaran.
Kebanyakan syair yang dibiasakan oleh juru-juru nasihat ialah yg menyangkut dgn penyifatan kepada :
1.Kerinduan
2.Keelokan yang dirindukan
3.Senangnya ada hubungan
4.Pedihnya berpisah
Majlis itu dikunjungi oleh orang ramai yang bodoh-bodoh. Perutnya penuh dengan hawa nafsu, hatinya tidka terlepas daripada menoleh kepada rupa yang manis. Maka berkobarlah api hawa nafsu padanya lalu mereka berteriak dan menari-nari.
Dari itu tidaklah sayugianya dipakai syair kecuali ada padanya pengajaran atau hikmah untuk jalan petunjuk dan pelunakan hati. Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya sebahagian syair itu mengandungi hikmah.” (Bukhari)
Jika majlis itu dihadiri orang-orang tertentu yang mempunyai perhatian kepada ketenggelaman hati dengan cinta kepada Allah Ta’ala, dan tidak ada golongan lain dlm majlis tersebut, maka bagi mereka tidak ada melaratnya syair itu yang zahiriahnya menunjukkan kepada hubungan sesama makhluk, kra pendengarnya dapat menempatkan apa yg didengarnya menurut panggilan hatinya, sebagaimana akan diterangkan nanti dlm “Kitab Pendengaran”.
Dan kerana itulah Al-Junaid berbicara kepada lebih kurang 10 orang. Jika mereka sudah banyak, dia tidak berbicara. Dan tidaklah pernah sekali-kali yang menghadiri majlisnya sampai 20 orang.
SAMBUNGAN TENTANG NABI MUHAMMAD
Maka aku berpendapat bahawa aku akan meringkaskan pada kitab ini kepada menyebutkan adab kesopanan Rasulullah saw dan akhlak budi pekertinya yang dinukilkan daripadanya dengan isnad hadith. Maka akan aku susun dengan baik, dengan terkumpul fasal demi fasal, dengan dibuang (tidak disertakan) isnadnya.
Adalah Rasulullah saw banyak merendahkan diri dan bermohon. Selalu meminta kepada Allah Ta’ala supaya menghias dirinya dengan kebagusan akhlak dan budi pekerti. Dia mengucapkan dalam doanya : “Ya Allah Tuhanku, baguskanlah kejadianku dan akhlakku.” (Ahmad)
Dan dia juga mengucapkan : “Ya Allah Tuhanku, jauhkanlah aku daripada akhlak yang mungkar.” (Turmizi, Al-Hakim)
Kata A’isyah : “Adalah akhlak Rasulullah saw itu Al-Quran.” (Muslim)
Adalah Nabi saw manusia yang paling penyabar, manusia paling berani, paling adil, paling memelihara diri. Tidak sekali-kali tangannya menyentuh tangan wanita yang tiada dimilikinya selaku hamba, atau ikatan perkahwinan, atau wanita itu mahramnya. (Setiap satu yang di atas ada hadithnya dan tentang menyentuh tangan wanita, dirawikan oleh Bukhari dan Muslim)
Aalah Rasulullah menempel sandalnya, menampal kainnya dan menguruskan kepentingan keluarganya.Dia memotong daging bersama-sama keluarganya.
Dia manusia yang sangat pemalu. Tidak tetap pandangannya pada muka seseorang.
Adaah Rasulullah saw mengikat batu atas perutnya. Sekali krna lapar dan sekali krn dia makan apa yg ada.
Dia tidak makan dengan duduk bersandar an tidak bermeja. Sapu tangannya ialah kedua2 tapak kakinya.
Dia tidak kenyang dengan roti gandum tiga hari berturut-turut sehinggalah dia menemui Allah Ta’ala, kerana mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri. Bukan kerana kemiskinan dan bukan kerana kekikiran.
Cincinnya perak, dipakainya pada jari manis kanan dan kiri.
Dia suka kepada bau-bauan, dan tidak menyukai bau yang kurang baik.
Dia duduk bersama-sama orang miskin dan makan bersama-sama orang miskin.
Dia bergurau dan tidak mengatakan kecuali yang benar. Dia ketawa tanpa terbahak-bahak.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 174 http://www.youtube.com/watch?v=dP6rRiVA9G8 - Kuliah yang ke-28. - Muqaddimah. - Imbas kembali sejarah Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 175 http://www.youtube.com/watch?v=l-tRAPUz340 - Pengalaman belajar Syeikh Muhammad yang luar biasa. - 40 tahun mengajar tanpa bayaran. - Ulama Nusantara yang bergelar 'Agung'. - Zikir harian Tariqat Ghazaliyyah. - Zikir Naqsyabandiyyah
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 176 http://www.youtube.com/watch?v=bzVYta4whg8 - Ya Qayyum. Allah Hayy. - Kontroversi Al-Mahdi. - Kontroversi Manaqib Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi. - Persoalan syariat, tariqat, haqiqat, ma'rifat. - Syariat menurut ahli fiqh. - Syariat menurut ahli tasawuf.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 178 http://www.youtube.com/watch?v=lAJRlO_gw0g - 'Ilmu yaqin, 'ainul yaqin' haqqul yaqin. - Sambal tumis petai. - Bukit Naga terbakar. - Rupa paras Rasulullah saw. - Ketinggian tubuh Rasulullah.
-Gelarannya As-Suhaimi, sempena nama sebuah bandar di Syria. Gelarannya juga Wonosoboni, sempena nama tempat asalnya.
-Sezaman dengan Tok Kenali.
-Anak saudagar Abdullah.
-Bapanya Abdullah bermimpi melihat satu layang-layang naik tinggi.
-Ke Makkah pada usia 30 tahun.
-Hidup mewah 6 tahun pertama di Makkah.
-Kembara ke Mesir mencari guru kasyaf.
-Pengalaman hendak berguru yang menarik.
-Terlihat orang-orang yang solat berkepala kera, kambing dan anjing.
-Guru utamanya Syeikh Nawawi Al-Bantani dan Syeikh Abdullah Az-Zawawi.
-Pindah ke Singapura. Jadi Imam Masjid Kiyai Ma’ruf dan mengajar tanpa bayaran 40 tahun.
-Satu-satunya ulama Nusantara yang bergelar “Agung”.
-Sesekali dikawal ‘bodyguard’ berpedang.
-Kitabnya tentang amalan Tariqat Ghazaliyyah ialah Al-Futuhat al-Ilahiyyah fi Bayani Kaifi at- Tariqah al-Ghazaliyyah.
-Menurutnya, Tariqat Ghazaliyyah ialah sebaik-baik dan seafdhal-afdhal tariqat.
-Kemudiannya dia mengamalkan Tariqat Muhammadiyyah.
SOAL-JAWAB MINGGU LEPAS
Apakah syariat, tariqat, hakikat dan ma’rifat?
SYARI’AT (peringkat zahir)
-Pada mula bermaksud peraturan-peraturan agama yang diturunkan oleh Allah.
-Menurut ulama2 fiqh, syariat ialah segala amal ibadah. Contoh nama kitabnya – “Kitab as-Solah”, “Cara-cara mengerjakan Sembahyang”.
-Menurut ulama2 tasawuf, syariat ialah nilai/kualiti amal ibadah. Contoh nama kitabnya – “Asrar as-Solah”, “Fadhail as-Solah”, “Ruh Sembahyang”.
-Contoh lain – 3 tahap puasa. 1. Puasa awam (peringkat fiqh). 2. Puasa khusus (peringkat tasawuf). 3. Puasa khusus dari yang khusus (peringkat tasawuf).
-Umumnya orang yang mengerjakan ibadah mengikut hukum fiqh disebut ahli syariat. Yang mengerjakan ibadah mengikut hukum tasawuf disebut ahli hakikat.
-Contoh lain : qiblat tubuh ialah Kaabah, tapi qiblat hati ialah Allah.
TARIQAT (peringkat zahir)
-Untuk sampai ke peringkat ke-3 iaitu haqiqat (hakikat), tentulah kena ada jalannya. Jalannya itlah yang dikenali sebagai tariqat.
-Orang yang melalui jalan ini dinamakan ahli tariqat.
-Sebelum abad ke-5 Hijrah, tariqat hanya dikenali sebagai cara/jalan tarbiyyah para sufi.
-Selepas itu ia turut dikenali sebagai jemaah/aliran/ kumpulan/organisasi.
HAQIQAT (peringkat batin)
-Berasal daripada kata akar “haq” yang bermaksud ‘milik’ atau ‘kebenaran’. Dalam bidang yang sedang kita bincangkan, ia bermaksud ‘kebenaran’.
-Para sufi menisbahkan ‘Haq’ itu kepada Allah, kerana Dialah pokok segala kebenaran.
-Dari peringkat inilah akan datangnya kasyaf.
-‘Ilmu yaqin, ‘ainul yaqin, haqqul yaqin.
MA’RIFAT (peringkat batin)
Maksudnya ialah pengetahuan tentang sesuatu dengan seyakin-yakinnya.
Ma’rifatullah bermaksud mengenal Allah dengan sekenal-kenalnya.
Takhalli, tahalli, tajalli.
Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . (Muslim)
Sempena Maulidrurasul 1433 Hijrah
RUPA PARAS KEKASIH KITA NABI MUHAMMAD S.A.W
KETINGGIANNYA - Antara sifat tubuh Rasulullah s.a.w ialah dia tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tetapi sederhana, apabila berjalan sendirian.
Dalam pada itu, tidaklah seorang manusia yang berjalan kaki bersama-sama dengannya, di mana orang itu dapat dikatakan tinggi, melainkan Rasulullah saw lebih tinggi daripadanya. Kadang-kadang dia diapit oleh dua orang yang tinggi, maka dia lebih tinggi daripada kedua-dua orang tersebut. Apabila kedua-dua orang itu berpisah dengannya, maka keua-dua orang itu dapat dikatakan tinggi, sedangkan Nabi dikatakan sederhana.
WARNA KULITNYA - Adapun warna kulit Nabi saw adalah tidak terlalu merah dan tidak terlalu putih.
Sebahagian mereka menyifatkan Nabi saw berkulit putih bercampur merah. Mereka mengatakan bahawa yang putih bercampur merah ialah warna tubuh Nabi saw yang tampak bagi matahari dan angin seperti muka dan leher. Dan putih yang bersih daripada warna merah ialah bahagian tubuhnya yang di bawah pakaian.
PELUHNYA - Adapun keringatnya pada mukanya seperti mutiara, yang lebih harum daripada kasturi yang sangat harum.
RAMBUTNYA - Adapun rambutnya, maka adalah dia berambut ikal. Kebagusan rambutnya tidaklah dengan kakunya dan tidaklah keriting yang berlipat-lipat.
Apabila dia menyikat rambutnya dengan sisir, jadilah seakan-akan jalinan pasir. Ada yang mengatakan rambut Nabi saw itu memukul kedua-dua belah bahunya. Kebanyakan riwayat mengatakan rambut Nabi saw sampai kepada hujung kedua-dua telinganya.
Kadang-kadang dia membuatkan ramburnya menjadi empat sanggul. Masing-masing telinganya keluar di antara dua sanggul itu.
Kadang-kadang dia buat rambutnya ke atas kedua-dua telinganya, maka lahirlah segala pihak rambut yang di atasnya itu berkilau-kilauan cahayanya.
Adalah uban Nabi saw pada kepala dan janggutnya 17 helai, tidak lebih daripada itu.
WAJAHNYA - Adalah Nabi saw manusia yang tercantik mukanya dan bersinar-sinar. Tiada yang menyifatkan wajahnya oleh seseorang yang menyifatkannya, melainkan diserupakan dengan bulan malam purnama raya. Dan kelihatan senangnya dan marahnya pada wajahnya, kerana bersih kulitnya.
Adalah Nabi saw luas dahinya. Melengkung kedua-dua bulu keningnya itu, menyempurnakan. Ruang putih halus di antara kedua-dua belah bulu keningnya itu seolah-olah perak yang putih bersih.
Kedua-dua matanya lapang, sangat hitam mata hitamnya. Pada kedua-dua matanya bercampur dengan warna merah. Dan adalah bulu mata Nabi saw tebal, sehingga bulu mata itu bercampur rapat kerana banyaknya.
Dan dia berhidung mancung.
Dan giginya jarang dengan tersusun baik.
Dia adalah yang terbaik dua bibir dari hamba Allah. Dan yang paling lemah lembut apabila mulutnya tertutup.
Kedua-dua pipinya adalah menurun, tidak meninggi. Tidak bermuka panjang dan tidak bermuka sangat bulat.
Berjanggut tebal. Dia membiarkan banyak dan panjang janggutnya, dan mengambil kumisnya.
TUBUH BADANNYA - Adalah lehernya yang terbaik daripada semua hamba Allah. Tidak dapat dikatakan panjang dan tidak dapat dikatakan pendek
Adalah Nabi saw itu berdada lebar. Tidak melampaui daging sebahagian badannya akan sebahagian yang lain, seperti cermin pada ratanya.
Kedua-dua belah bahunya besar.
Belakangnya lebar. Di antara kedua bahunya itu cop kenabian.
Sedang berisi badannya pada akhir masanya. Dagingnya sambung berpegang-pegangan, hampirlah adanya atas bentuk kejadiannya yang pertama. Tidak terpengaruh oleh kelanjutan usianya.
TANGANNYA - Kedua-dua lengan dan hastanya besar, besar kedua-dua pergelangan tangannya., lapang kedua-dua tapak tangannya. Sedang panjang anak-anak jarinya, seakan-akan anak-anak jarinya itu ranting-ranting perak. Tapak tangannya lebih lembut daripada sutera. Seolah-olah tapak tangannya itu tapak tangan penjual minyak wangi tentang harumnya, sama ada tapak tangannya itu menyentuh bau-bauan ataupun tidak. Orang yang berjabat tangan dengan Rasulullah saw, maka sentiasalah harinya itu mendapati bau harumnya.
KAKINYA - Dan adalah keduadua belah paha dan betisnya itu besar.
CARA BERJALAN - Adapun jalannya Nabi saw, dia berjalan kaki seolah-olah dia sedang turun dari batu besar dan menurun dari penurunan. Dia berjalan dengan cara al-huwaina (langkah kaki yang dekat), tanpa berlenggang
PAKAIAN IDOLA KITA NABI MUHAMMAD S.A.W
Yang menakjubkan hatinya ialah kain hijau. Dan kebanyakan pakaiannya berwarna putih.
“Pakaikanlah (kain putih) kepada orang-orang yang masih hidup dalam kalangan kamu, dan kafanilah (dengan kain putih itu) orang-orang yang sudah meninggal dalam kalangan kamu.” (Ibnu Majah, Al Hakim)
Adalah Nabi saw memakai qaba’ (baju yang dipakai di atas baju yang lain) yang diisi dengan kain kapas untuk peperangan dan bukan peperangan. Dia ada baju qaba’ daripada kain sundusin, lalu dia memakainya. Maka baguslah kehijauannya di atas keputihan warnanya.
Dan adalah pakaian Nabi saw semuanya tinggi di atas kedua-dua mata kakinya. Dan kain sarungnya di atas yang demikian, kepada setengah betis.
Dia mempunyai kain selimut yang dicelup dengan kumkuma. Kadang-kadang dia mengerjakan solat bersama-sama orang ramai dengan memakai selimut itu sahaja. Kadang-kadang dia memakai kain sehelai, tiada yang lain di atas kain sehelai itu. Dia ada kain bertampal yang dipakainya. Dia bersabda : “Sesungguhnya aku ialah hamba, aku memakai pakaian sebagaimana yang dipakai oleh hamba.” (Bukhari, Muslim)
Nabi saw mempunyai dua helai pakaian yang khusus untuk solat Jumaat, selain daripada pakaian-pakaiannya untuk bukan hari Jumaat. Kadang-kadang dia memakai sehelai kain sarung yang tidak ada kain lain di atasnya. Dia ikatkan kedua-dua belah hujungnya di antara kedua-dua bahunya. Kadang-kadang dengan pakaian itu dia mengimami orang ramai pada solat jenazah.
Sesungguhnya Nabi mempunyai pakaian hitam, lalu dia memberikannya kepada orang. Kata Anas : “Kadang-kadang aku melihat Nabi saw mengerjakan solat Zohor bersama-sama kami dengan memakai kain bulu hitam, yang dia ikatkan antara kedua-dua hujungnya.”
Adalah Nabi saw memakai cincin. Kadang-kadang dia keluar dan pada cincinnya benang terikat, untuk mengingati sesuatu. Dia setempelkan dengan cincin itu pada surat-surat yang akan dikirim.
Baginda memaki kopiah di bawah serban, dan tanpa serban. Kadang-kadang dia membuka kopiahnya dari kepala lalu dia jadikan kopiah itu dinding di hadapannya. Kemudian dia mengerjakan solat menghadap dinding daripada kopiah tadi. Dan kadang-kadang tidak ada serban, lalu dia ikatkan kain pada kepala dan dahinya. Nabi saw mempunyai sehelai serban yang dinamakan “As-Sahab” (awan), lalu diberikannya kepada ‘Ali r.a.
Nabi saw mempunyai tikar tidur daripada kulit yang sudah disamak, yang diisi dengan kulit kayu kurma yang halus. Panjangnya dua hasta atau hampir dua hasta. Lebarnya sehasta sejengkal atau hampir sehasta sejengkal.
Dia mempunyai baju yang terbuka hadapannya, dipakai di atas baju lain, yang dibentangkan untuk Nabi saw ke mana sahaja dia berpindah duduk, yang dilipatkan dua lapis untuk di bawah tempat duduknya. Dia tidur di atas tikar yang dibawahnya tidak ada suatu benda lain.
Antara akhlak Nabi saw ialah menamakan bintang kenderaan, senjata dan barang-barangnya. Dan adalah nama benderanya “Al-‘Uqab”, nama pedangnya yang dibawa ke medan perang “Zulfiqar/Zulfaqar”.Dia mempunyai pedang yang dinamakan “Al-Mikhdzam”, dan sebilah pedang lain yang dinamakan “Ar-Rasub”, dan yang lainnya dinamakan “Al-Qadlib”. Dan tangkai pedangnya dihiasi dengan perak.
Dan nama busur Nabi saw ialah “Al-Katum”. Dan nama tempat panahnya ialah “al-Kafur”. Nama untanya ialah “Al-Qushwa”, iaitu yang dinamakan juga “Al-Udl-ba”. Nama baghalnya ialah “Ad-Duldul”. Nama kaldainya ialah “Ya’fur”. Dan nama kambingnyanya yang dia minum susunya ialah “’Ainah”.