12.2.12

Video Syarah Ihya Ulumiddin 183-191 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 183

http://www.youtube.com/watch?v=MTQd4jxrt6E
- Kuliah kali ke-29.
- 5 istilah terpuji yang sudah terubah maknanya.
- Istilah fiqh, ilmu, tauhid, tazkir dan hikmah.
- Syeikh Muhammad As-Suhaimi sebagai Al-Mahdi?
- Apakah tariqat2 yang pernah diambilnya?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 184
http://www.youtube.com/watch?v=d3EZK1CVy-k
- Syari'at, tariqat, haqiqat, ma'rifat.
- Syari'at menurut fiqh dan tasawuf.
- Bicara "ihsan".
- Hubungan antara tauhid, fiqh dan tasawuf.
Link
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 185
http://www.youtube.com/watch?v=ZLPwYa6EkuM
- Hubungan antara tauhid, fiqh & tasauf.
- 'Ilmu yaqin, 'ainul yaqin, haqqul yaqin.
- Dengar, lihat, rasa.
- Takhalli, tahalli, tajalli.
- Sifat2 mahmudah dan mazmumah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 186
http://www.youtube.com/watch?v=j3mHhaXwSsQ
- Rupa paras Nabi Muhammad saw.
- Islam berasal dari kota, kembali ke kota.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 187
http://www.youtube.com/watch?v=ZM1QOxSQNjM
- Syair, lagu dan alat muzik.
- Menurut Imam Al-Ghazali, semua alat muzik dibenarkan.
- Isi-isi syair dan lagu-lagu.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 188
http://www.youtube.com/watch?v=xCJEdeZvL8U
- Orang2 yang tidak melaratnya syair bagi mereka.
- Tentang program liqa' usrah.
- Akhlak Nabi saw.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 189
http://www.youtube.com/watch?v=ppbwMOxARgs
- Indahnya hidup bertasawuf.
- Berzikir di mana-mana.
- Sabarnya Rasulullah.
- Keberanian Rasulullah.
- Tentang bersalaman.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 190
http://www.youtube.com/watch?v=V0dk-g8URZU

- Pemalunya Rasulullah s.a.w.
- Lapar Rasulullah.
- Cara Rasulullah makan.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 191
http://www.youtube.com/watch?v=weZx_-_uS2I
- Jenaka dan gurauan Rasulullah saw.


SAMBUNGAN TENTANG TAZKIR

Jika cerita itu termasuk cerita nabi-nabi a.s. yang berhubungan dengan urusan agama dan tukang ceritanya itu benar dan ceritanya tidak salah, maka menurut aku (Al-Ghazali) dibolehkan.

Adapun syair, maka dicela membayakkannya dalam pengajaran.

Kebanyakan syair yang dibiasakan oleh juru-juru nasihat ialah yg menyangkut dgn penyifatan kepada :

1. Kerinduan

2. Keelokan yang dirindukan

3. Senangnya ada hubungan

4. Pedihnya berpisah

Majlis itu dikunjungi oleh orang ramai yang bodoh-bodoh. Perutnya penuh dengan hawa nafsu, hatinya tidka terlepas daripada menoleh kepada rupa yang manis. Maka berkobarlah api hawa nafsu padanya lalu mereka berteriak dan menari-nari.

Dari itu tidaklah sayugianya dipakai syair kecuali ada padanya pengajaran atau hikmah untuk jalan petunjuk dan pelunakan hati. Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya sebahagian syair itu mengandungi hikmah.” (Bukhari)

Jika majlis itu dihadiri orang-orang tertentu yang mempunyai perhatian kepada ketenggelaman hati dengan cinta kepada Allah Ta’ala, dan tidak ada golongan lain dlm majlis tersebut, maka bagi mereka tidak ada melaratnya syair itu yang zahiriahnya menunjukkan kepada hubungan sesama makhluk, kra pendengarnya dapat menempatkan apa yg didengarnya menurut panggilan hatinya, sebagaimana akan diterangkan nanti dlm “Kitab Pendengaran”.

Dan kerana itulah Al-Junaid berbicara kepada lebih kurang 10 orang. Jika mereka sudah banyak, dia tidak berbicara. Dan tidaklah pernah sekali-kali yang menghadiri majlisnya sampai 20 orang.

SAMBUNGAN TENTANG NABI MUHAMMAD

Maka aku berpendapat bahawa aku akan meringkaskan pada kitab ini kepada menyebutkan adab kesopanan Rasulullah saw dan akhlak budi pekertinya yang dinukilkan daripadanya dengan isnad hadith. Maka akan aku susun dengan baik, dengan terkumpul fasal demi fasal, dengan dibuang (tidak disertakan) isnadnya.

Adalah Rasulullah saw banyak merendahkan diri dan bermohon. Selalu meminta kepada Allah Ta’ala supaya menghias dirinya dengan kebagusan akhlak dan budi pekerti. Dia mengucapkan dalam doanya : “Ya Allah Tuhanku, baguskanlah kejadianku dan akhlakku.” (Ahmad)

Dan dia juga mengucapkan : “Ya Allah Tuhanku, jauhkanlah aku daripada akhlak yang mungkar.” (Turmizi, Al-Hakim)

Kata A’isyah : “Adalah akhlak Rasulullah saw itu Al-Quran.” (Muslim)

Adalah Nabi saw manusia yang paling penyabar, manusia paling berani, paling adil, paling memelihara diri. Tidak sekali-kali tangannya menyentuh tangan wanita yang tiada dimilikinya selaku hamba, atau ikatan perkahwinan, atau wanita itu mahramnya. (Setiap satu yang di atas ada hadithnya dan tentang menyentuh tangan wanita, dirawikan oleh Bukhari dan Muslim)

Aalah Rasulullah menempel sandalnya, menampal kainnya dan menguruskan kepentingan keluarganya.Dia memotong daging bersama-sama keluarganya.

Dia manusia yang sangat pemalu. Tidak tetap pandangannya pada muka seseorang.

Adaah Rasulullah saw mengikat batu atas perutnya. Sekali krna lapar dan sekali krn dia makan apa yg ada.

Dia tidak makan dengan duduk bersandar an tidak bermeja. Sapu tangannya ialah kedua2 tapak kakinya.

Dia tidak kenyang dengan roti gandum tiga hari berturut-turut sehinggalah dia menemui Allah Ta’ala, kerana mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri. Bukan kerana kemiskinan dan bukan kerana kekikiran.

Cincinnya perak, dipakainya pada jari manis kanan dan kiri.

Dia suka kepada bau-bauan, dan tidak menyukai bau yang kurang baik.

Dia duduk bersama-sama orang miskin dan makan bersama-sama orang miskin.

Dia bergurau dan tidak mengatakan kecuali yang benar. Dia ketawa tanpa terbahak-bahak.