16.10.13

Syarah Ihya Ulumuddin 419-424

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 419

- Kuliah kitab Ihya' kali ke-61.
- Kisah2 bantuan Allah kepada mujahiddin di Afghanistan. Nukilan Asy-Syahid Abdullah Azzam.
http://www.youtube.com/watch?v=6snXxkySEfY

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 420
http://www.youtube.com/watch?v=VlY6WcNCmSs
- Pintu2 pemerintah = tempat2 fitnah. Ulama2 akhirat dilarang sering mengunjunginya.
- 3 wajjah kita. Ke mana qiblatnya?
- Karamah Imam Abu Yazid al-Bustami?
- Apa tujuan mendalami agama?
- Pendekar vs guru silat.
- Sultan Muhammad al-Fateh & Syeikh Shamsuddin Al-Wali

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 421
http://www.youtube.com/watch?v=tjACZtnSyUU
- Kualiti tentera Sultan Muhammad Al-Fateh, Pembuka Constantinople.
- Bahaya ulama bergaul dengan pemerintah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 422
http://www.youtube.com/watch?v=-D2q5NN3dKs
- Niat nak dakwah pemerintah, tapi pemerintah yang dakwah kita :)
- Bagaimana ulama boleh terpengaruh dengan khalifah, gabenor2, amir2?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 423
http://www.youtube.com/watch?v=NCwPnlq2neE
- Fitnah pintu2 pemerintah terhadap para ulama akhirat, menurut Imam Al-Ghazali.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 424
http://www.youtube.com/watch?v=ap-qGEzQLBc
- Kesimpulan kuliah kali ke-61 ini.
- Karamah.
- Kisah2 ajaib nukilan Syeikh Ibnu Taimiyyah.
- Hasan al-Basri vs Hajjaj.
- Dipanggil tak pergi, dicari tak lari.
- Bersedekah, tapi duitnya tidak berkurang.

Syarah Ihya Ulumuddin 412-418

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 412

http://www.youtube.com/watch?v=n_ZA6wUGEmA
- Kuliah kitab Ihya' 'Ulumiddin kali ke-60.
- Suasana di Taif.
- 25 Disember, Jesus & Rom.
- Malikiyaumiddin.
- Kaum Amisy di Amerika Syarikat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 413
http://www.youtube.com/watch?v=oreWfKpgEfo
- Sambungan kisah kaum Amisy.
- Kisah hatim al-Asham vs ulama2 dunia.
- "Pancungan" Hatim al-Ashamm

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 414
http://www.youtube.com/watch?v=1t6ZDYUkx1o
- Tertidur dalam peperangan.
- Keajaiban2 dalam Perang Afghanistan.
- Asy-Syahid Abdullah Azzam.
- Zaman mujahiddin vs zaman Taliban.
- Syaqiq al-Balkhi dengan Abu Yazid Bustami.
- Imam Abu Yazid yang terbang, berjalan di atas air dan punya ilmu lipat bumi?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 415
http://www.youtube.com/watch?v=HRbklOG3Jy0
- Pendekar vs ustaz silat.
- Boleh terbang, menyelam lama dan menembusi dinding?
- "Wajjahtu". Ke mana qiblat kita?
- Wanita zaman Maulana Muhammad Ilyas

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 416
http://www.youtube.com/watch?v=pQ1WwzqMy1g
- Pengajian kali ke-60 bermula.
- Fitnah nikmat keduniaan.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 417
http://www.youtube.com/watch?v=UGuRWUZwyHg
- Surat teguran daripada Yahya bin Yazid kepada Malik bin Anas.
- Bagaimana jawapan Imam Malik?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 418
http://www.youtube.com/watch?v=VCyKMSmcicM
-Khalifah, gabenor, amir, tok guru kena keluar duit dulu, baru minta dari orang bawahan.
- Fatwa Imam Nawawi yang tidak disukai pemerintah...

Syarah Ihya Ulumuddin 405-411

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 405

http://www.youtube.com/watch?v=PREDb9aiGHM
- Pengajian kitab Ihya' 'Ulumiddin kali ke-59.
- Tentang Tahun Masehi dan kelahiran Jesus.
- Pemerintah Rom, Nasrani dan Krismas.
- Apakah kerugian mereka yang tidak belajar dan beramal tasawuf?
- Muslim, mu'min dan muhsin.
- Takut makhluk vs takut Tuhan.
- Bagaimana hendak mencapai maqam mukasyafah?
- Kisah Hatim Al-Ashamm belajar dengan Syaqiq al-Balkhi.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 406
http://www.youtube.com/watch?v=wZeSWLlKqm8
- Menanti di depan pintu syurga?
- Sibuk di dunia, tapi rehat di akhirat. Ataupun rehat di dunia, sibuk di akhirat. Yang mana pilihan kita?
- Maksud "Maalikiyaumiddiin".
- Sembah Alah dan berabdi kepada Allah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 407
http://www.youtube.com/watch?v=YzHXok-laTc
- Beza ulama silam dengan ulama selepas itu.
- Tingkat-tingkat wara'.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 408
http://www.youtube.com/watch?v=FggSOs5r-z8
- Perihal kaum Amish, Amerika Syarikat.
- Ulama akhirat tak terpengaruh dengan kemewahan.
- Bukan orang kaya sahaja tak zuhud, yang miskin pun ada yang tak zuhud.
- Kebesaran makhluk vs kebesaran Tuhan.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 409
http://www.youtube.com/watch?v=skzxK4R9LyE
- Lagi kisah Hatim al-Asham.
- Kisah qadhi yang hidup bermewah-mewah.
- Ulama sekarang pun ramai yang bermewah-mewah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 410
http://www.youtube.com/watch?v=s93wY038Vis
- Ikut Nabi dan sahabat yang zuhud, ataupun ikut Fir'aun yang bermewah-mewah?
- Saiyidina Uthman yang berharta, tapi tidak bermewah-mewah walaupun mampu.
- Hatim al-Asham vs ulama fiqh.
- Hatim di Madinah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 411
http://www.youtube.com/watch?v=lwoLpJTFrzA
- Habib Ali al-Jufri.
- Alangkah bertuahnya anak-anak zaman Maulana Muhammad Ilyas.
- Penutup kuliah ke-59.

Syarah Ihya Ulumuddin 397-404

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 397
 http://www.youtube.com/watch?v=J2TEDUIO9fs
- Pengajian kitab Ihya' 'Ulumiddin kali ke-58.
- Bicara Dr. Jahid Sidek dengan Dr. Ali Jum'ah.
- Maqam apakah yg tidak tercapai oleh mereka yg tidak bertasawuf?
- Masjid Xian di China.
- Hujan ikan, ketam, epal dan hujan merah dari langit.
- Menipu melalui ilmu fiqh.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 398
http://www.youtube.com/watch?v=lQy8WYR8oMw
- Bagaimana syaitan menangguhkan kita dengan ilmu?
- Zikir tambahan harian Tariqat Ghazaliyyah sesuai dengan semua aliran.
- Benarkah pelaksanaan hudud kena tunggu rakyat faham terlebih dahulu?
- Kisah Fudhail bin Iyaz.
- Kisah Ibrahim bin Adham.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 399
http://www.youtube.com/watch?v=VuJxwscOUSA
- Kisah Malik bin Dinar.
- Naga vs orang tua. Siapakah mereka?
- Ramainya orang2 soleh dlm sejarah yg pada awalnya orang jahat.
- Universiti memancing.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 400
http://www.youtube.com/watch?v=vR5Nmja2bko
- Takut akan makhluk vs takut kepada Tuhan
- Ada ilmu tapi tidak beramal. Alangkah ruginya.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 401
http://www.youtube.com/watch?v=XkxBHqfls4U
- Tanda-tanda ulama akhirat.
- Ilmu2 apakah yg paling penting?
- Striker ASWJ?
- Mahu ilmu yang ganjil-ganjil?
- Macam mana hendak mencapai maqam mukasyafah

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 402
http://www.youtube.com/watch?v=CEWPDz3Z38k
- Dialog Hatim al-Asham dengan gurunya Syaqiq al-Balkhi.
- Belajar 30 tahun, dapat 8 pelajaran sahaja?
- Berkasih sehidup semati. 
- Kekasih yang akan bersama-sama ke kubur.
- Benarkah sanggup tunggu di depan pintu syurga?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 403
http://www.youtube.com/watch?v=9GMNJgXZhhk
- Sibuk di dunia atau sibuk di akhirat? Rehat di dunia atau rehat di akhirat/
- Allah yang bahagikan nikmat2. jadi, kenapa kita dengki?
- Musuh utama kita.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 404
http://www.youtube.com/watch?v=XYkBy5FZ8-M
- Hak Allah vs hak kita.
- Sembah Allah vs berabdi kepada Allah.
- Kebergantungan kepada Allah.

7.10.13

Menjelang Khatam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (Bab Ilmu)

Menjelang Khatam Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin (Bab Ilmu)

Insya-Allah majlis khatam kitab Kitab Ilmu daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin akan diadakan pada hari Isnin malam Selasa 7 Oktober 2013, iaitu pada kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin bagi kali ke-82.

Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini terdiri daripada 40 tajuk besar yang setiap satunya disebut “kitab”. Kitab Ilmu ialah yang pertama daripada 40 kitab tersebut. Masih ada 39 kitab lagi untuk kita sama-sama terokai.

Syarahan Kitab Ilmu ini diadakan hampir setiap minggu bermula pada bulan Mac 2011 dan dijangka berakhir pada awal Oktober 2013 ini. Maksudnya kesemua 82 kali kuliah Kitab Ilmu mengambil masa lebih kurang dua setengah tahun untuk ditamatkan. Dijangkakan keseluruhan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini akan selesai disyarahkan dalam tempoh 20 ke 23 tahun.

Tempoh pengajian yang panjang ini adalah kerana kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di Surau An-Nur, Trong, Perak disyarahkan dengan terperinci. Syarahan ringkasnya diadakan di Masjid PGA (Komando 69), Ipoh yang dijalankan sebulan sekali.

Alhamdulillah, syukur! Dengan izin-Nya, setakat ini kesemua 80 kuliah kitab Ihya’ sejak kelas pertama berjaya dirakam dan dimuatnaik ke Youtube. Sudah ada 537 fail dan masih berbaki sekitar 8-10 fail lagi untuk tamat. Setiap satu fail berdurasi antara 7 ke 12 minit.

Fail 1-99 adalah dalam bentuk audio.
Fail 100 dan seterusnya dalam bentuk video.
Tuliskan “syarah ihya” di Youtube untuk bertemu.

Majlis di Masjid PGA Ipoh juga ada dimuatnaik. Tuliskan “ihya masjid pga”. Cuma kelas di Masjid PGA hanya dirakam bermula kelas yang ke-5.

Kitab Ilmu dalam kitab Ihya’ ‘Ulumiddin ini sangat penting. Sebab itulah Imam Al-Ghazali meletakkannya di awal-awal kitab, bahkan mendahului Kitab Tauhid! Kitab Tauhid pun diletakkan pada urutan ke-2! Maksudnya tentu ada sesuatu (sebenarnya banyak) perkara penting yang Imam mahu kita hadamkan terlebih dahulu sebelum diri kita sesuai untuk mendalami kitab-kitab seterusnya.

Selepas ini kita akan masuk Kitab Tauhid, satu bab yang sangat ditunggu-tunggu daripada kitab Ihya’ ini. Oleh itu, kita sangat-sangat berpesan… agar sesiapa yang mahu mengikuti kupasan Kitab Tauhid nanti, hendaklah menyelesaikan pengajian Kitab Ilmu terlebih dahulu. Bukan saja-saja Imam menulis Kitab Ilmu panjang lebar dan diletakkannya di awal kitab Ihya’ ‘Ulumuddin. Untuk memahami dan menghayati bab-bab seterusnya dalam Ihya’ mungkin kita boleh, tetapi untuk sampai ke tahap menghayati, kuncinya ada dalam Bab Ilmu. Di situ antara rahsianya.

Kitab Ilmu ialah manual kepada pembinaan bahtera Ihya’ ‘Ulumuddin. Jika kita mengabaikan manualnya lalu terus sahaja mahu menggunakan alat-alatnya lalu membina bahtera yang seperti bahtera Ihya’ ‘Ulumuddin, bahtera itu mungkin boleh siap dan seiras rupa, tetapi akan jauh berbeza dari sudut-sudut yang lain.

Bahtera Ihya’ ‘Ulumuddin meluncur laju, bahtera kita perlahan.
Bahtera Ihya’ tiba awal, kita masih di tengah lautan.
Bahtera Ihya’ tahan lama, bahtera kita baru dipakai pun sudah longgar skru dan paku, berbunyi apabila dipijak atau disandar, asyik kena tukar kena perbaik.
Bahtera Ihya’ tetap cantik, bahtera kita walaupun belum lama tapi sudah kelihatan lusuh dan buruk.
Bahtera Ihya’ bersih dan kemas, bahtera kita kotor dan berselerak.
Bahtera Ihya’ tepat binaannya, bahtera kita kiat sana senget sini.
Bahtera Ihya’ selesa dalamannya, bahtera kita sempit luas tidak menentu.
Kerana apa?
Kerana mengabaikan manualnya… iaitu Kitab Ilmu.

Selesaikan Kitab Ilmu terlebih dahulu, lebih-lebih lagi kepada mereka yang mengikuti pengajian kitab Ihya’ ini melalui internet. Biar diulang-ulang, lagi bagus.

Majlis khatam Bab Ilmu itu nanti akan dibuat ala kadar sahaja, sekadar ada. Insya-Allah akan dibuat kenduri kesyukuran dan para hadirin akan dihadiahkan senaskah lembaran yang memuatkan isi-isi penting pelajaran kitab Ihya’ ‘Ulumuddin dari  kelas pertama sampailah kelas terakhir Kitab Ilmu (masih belum siap, dianggarkan sekitar 40 mukasurat). Kemudian kita akan mengimbas kembali isi-isi penting seluruh Kitab Ilmu. Diakhiri dengan sedikit doa Imam Al-Ghazali yang terdapat di akhir kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

Semoga segala usaha kita untuk dunia dan akhirat dimudahkan Allah.

Abu Zulfiqar
29 September 2013

(*Sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak)


Tazkirah Facebook ke-16 (Mac 7, 2012)

Rajin mendengar ceramah popular memang bagus, tapi... rajin mendengar ceramah popular DAN rajin juga mendengar kuliah bersiri (berkitab), adalah lebih bagus.

Ceramah popular dapat mencetuskan rasa suka kepada agama dan ilmu-ilmunya. Ceramah popular juga dapat mengekal malah menambahkan rasa itu bagi mereka yang sudah sedia suka akan agama dan ilmu-ilmunya.

Namun dengan hanya rajin mengikuti ceramah-ceramah popular, tidak dapat menjadikan seseorang itu banyak ilmu agamanya walaupun memang ada pertambahan. Tidak ada orang yang hanya menghabiskan usahanya mengejar ceramah-ceramah popular bertahun-tahun, kemudiannya kita dapat tahu dia berjaya menjadi seorang ilmuwan agama. Tidak ada.

Untuk mendapatkan pemantapan, pelambakan dan pendalaman ilmu-ilmu agama, kita hendaklah rajin pula mengikuti kuliah-kuliah bersiri. Terbukti, ramai juga mereka yang rajin mengejar kuliah-kuliah bersiri, bertahun-tahun selepas itu akhirnya berjaya pula menjadi seorang pengajar (atau sekurang-kurangnya ada ilmu sebagaimana pengajar sekalipun dia tidak mengajar).

Teruskanlah mendengar/mengikuti ceramah-ceramah popular, tapi luangkanlah juga masa untuk mendengar/mengikuti kuliah-kuliah bersiri (sama ada secara langsung ataupun melalui media seperti internet), sekalipun kita tidak bercita-cita untuk menjadi seorang pengajar suatu hari nanti. Tapi... takkanlah kita tak mahu mentarbiyyah isteri dan anak-anak? Cukupkah ilmu dan motivasi dari ceramah-ceramah popular sahaja untuk mengajar agama kepada mereka?

Ceramah popular isinya bersifat umum. Huraian dan bahasannya terdapat dalam pengajian berkitab. Oleh itu, jangan berpuas hati sekadar dengan menjadi seorang peminat ceramah popular. Jadilah juga peminat tegar kuliah bersiri (berkitab). Jumpa lagi : )


Abu Zulfiqar

6.9.13

Syarah Ihya Ulumuddin 388-396

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 388

http://www.youtube.com/watch?v=JD7VY4WfSmo

- Pengajian kitab Ihya' 'Ulumiddin kali ke-58.
- Masjid Umawi, Al-Ghazali, Menara Putih & Nabi Isa.
- Tanda-tanda ulama akhirat.
- Syeikh Muhammad As-Suhaimi dan Tariqat Ghazaliyyah.
- Adab menyampaikan kalam ulama.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 389
- Kisah periwayat kalam Nabi Musa.
- Ulama yang zalim?
- Kata Sherlock Holmes.......
- Apa itu hadith mursal?
 
 WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 390
- Sambungan bicara hadith mursal.
- Mayat tak reput, tapi berbau busuk.
- Kisah Fudhail bin Iyaz, asalnya ketua perompak yang rajin bersolat sunat dan puasa sunat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 391
- Selepas kematian Fudhail bin Iyaz...
- Murid dalam syurga, guru dalam neraka.
- Kisah Hatim Al-Ashami.
- Seperti lenyapnya embun dari Bukit Sofa.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 392
- Pengalaman Ibrahim bin Adham. Asalnya seorang raja.
- Kisah Malik bin Dinar.
- Kisah Hasan Al-Basri.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 393
- Ulama pun boleh tergelincir.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 394
- Perihal mengajar dan belajar bukan kerana Allah.
- Zaman kualiti tinggi vs zaman kualiti rendah.
- Sejarah Huzaifah Al-Yamani.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 395
- Sambungan kisah Huzaifah Ibnu Yaman.
- Huzaifah sebagai ejen perisik.
- Kisah sedih Huzaifah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 396
- Huzaifah & Zulfiqar.
- 3 jenis qadhi/hakim.
- Bertangguh kerana ilmu.


Syarah Ihya Ulumuddin 381-387

 WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 381

- Kuliah kitab Ihya' kali ke-56.
- Apakah maksud ad-ddin?
- Di manakah kejayaan manusia?
- Mujaddid kurun ke-5 Hijrah.
- Masalah2 ummah pada zaman Imam Al-Ghazali.
- Fahaman Aristotle, Ibnu Sina dan Al-farabi yang ditolak.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 382
http://www.youtube.com/watch?v=HlDVkIsj2uo
- Hujjatul Islam?
- 3 tungku agama.
- Tus, Iran, Khurasan, Parsi.
- Maharaja Cyrus/ Korsh/ Kurush.
- Zarathustra & Majusi.
- Jasa para pekerja pada jalan Allah.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 383
http://www.youtube.com/watch?v=QKO_ud0GKE8

- Kisah Biysr Al-Hafi, Sufyan Ath-Thauri & Sahl At-Tustari.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 384
- Mimpi orang biasa, ahli maksiat * bukan Islam pun ada yang benar.
- Ta'bir mimpi berbeza mengikut agama dan keadaan pemimpi.
- Apakah fitnah yang lebih hebat?
- Mutiara kata Sahl At-Tusturi.
- Ustaz Taha & Syeikh Muhammad As-Suhaimi.
- Tariqat Ghazaliyyah di Nusantara.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 385
- Antara cara berinteraksi dengan hadis dhaif.
- Rahsia hadis dhaif dalam Ihya'.
- Kisah Nabi Musa dengan orang yang ditukar menajdi babi.
 
 WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 386
- Kehati-hatian Imam Al-Iraqi.
- Sikap Hasan Al-Basri dalam menyebarkan ilmu agama.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 387
- Orang berilmu jenis yang macam mana yang kita kena buat kawan?
- Cakap kena serupa bikin.

6.2.13

Syarah Ihya Ulumiddin 375-380



WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 375 
- Kuliah kali ke-55.
- Gaji & bonus tak bertambah, kita bengang. Ilmu agama dan amalnya tak bertambah, kita tenang?
- Islam bertahan kerana adanya orang2 Islam yg bekerja untuk Islam di luar drpd waktu kerjanya.
- Imbas kembali kuliah ke-54.
- Bersara di dunia vs bersara di akhirat.
- Kahwin orang muda vs kahwin orang tua.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 376
- Ulama dunia vs ulama akhirat.
- Sesuaikah ulama sering mengunjungi pemerintah?
- Kisah Khalifah Umar Abdul Aziz.
- Rahsia susunan kitab Ihya'.
- Kepentingan Bab Ilmu dalam Ihya'.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 377
- Betulkah sudah kenal Allah?
- Bahaya perbicaraan lebih daripada bahaya harta.
- Kisah Bisyr Al-Hafi.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 378
- Mimpi Bisyr Al-Hafi.
- Mimpi orang kafir dan ahli maksiat pun ada yang benar?
- Asal Bisyr berkaki ayam.
- Sufyan Ath-Thauri.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI  379
- Kata Sahl At-Tustari.......
- Kata Abu Sulaiman Ad-Darani.....

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 380
- Berlindung daripada kejahatan ulama jahat.
- Kisah Rahib Buhaira dan Waraqah.
- Kisah Abu Darda'...

Syarah Ihya Ulumiddin 368-374



WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 368 
- Kuliah kitab Ihya' ke-54.
- Madrasah Nizamiyyah, Baghdad.
- Tak mahu belajar kerana takut ilmu itu sia2?
- Siapakah manusia yang paling lama menyesal?
- Dia tak tahu yang dia tak tahu.
- Mengapa ada ulama yang diazab lebih teruk daripada orang biasa?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 369 
 - Mengelat melalui fiqh.
- Mengapa ada ulama diazab berlipat kali ganda?
- Mengapa Yahudi lebih teruk daripada Nasrani?
- Keseraman dunia.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 370 
- Kecelaan dunia berbanding akhirat. Adakah kita memahaminya selama ini?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 371
- Sifat Ar-Rahmaan dan Ar-Rahiim.
- Dunia dan akhirat ibarat dua wanita bermadu.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 372
- Cara mempelajari kitab Ihya' 'Ulumiddin.
- Tok guru mewah, anak murid merempat. Apa sudah jadi?
- Orang Melayu paling kuat makan?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 373
- Mati hati.
- Bolehkah ulama selalu kunjungi pemerintah?
- Beribadah kerana apa?

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 374
- Antara rahsia susunan kitab Ihya' 'Ulumiddin.
- Penutup kuliah kali ke-54.