http://www.youtube.com/watch?v=5wPlXrG5xjM
- Kuliah kali ke-27.
- Mana kebun syurga?
- Para malaikat yang bertebaran.
- Pandang dekat (syariat) vs pandang hakikat.
- Kisah cabut bulu ketiak dalam masjid.
- Zikir harian Imam Al-Ghazali.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 168
http://www.youtube.com/watch?v=IqOiXeF0apo
- Zikir harian Hujjatul Islam.
- Bekalan ke akhirat dan jalan ke akhirat.
- Sejarah Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi & Tariqat Ghazaliyyah.
- Nama Imam Mahdi.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 169
http://www.youtube.com/watch?v=zZUb6LVZxKA
- Asal gelaran 'As-Suhaimi'.
- Salasilah Syeikh Muhammad bin Abdullah.
- Masalah 'generasi pertama'.
- 6 tahun pertama di Makkah.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 170
http://www.youtube.com/watch?v=dRyNk-Tcj4Q
- Perubahan Syeikh Muhammad As-Suhaimi.
- 'Tok guru kasyaf'.
- Pengalaman belajar yang luarbiasa.
- Tibai syaitan.
- Kasyaf Syeikh Muhammad As-Suhaimi.
- Guru-guru utama Syeikh Muhammad As-Suhaimi.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 171
http://www.youtube.com/watch?v=9diGr2-Oq0c
- 40 tahun mengajar agama tanpa bayaran.
- Antara karamah Syeikh Muhammad bin Abdullah.
- Cara buat duit yang aneh.
- Kuda yang berkata-kata?
- Tariqat Syeikh Muhammad bin Abdullah?
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 172
http://www.youtube.com/watch?v=Jk3tc3Cgbvs
- Isi tauhid
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 173
http://www.youtube.com/watch?v=yFo3xlzMbms
- "Wajjahtu".
- Majlis zikir dan tazkirah yang sudah terubah maksudnya.
PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-27
ZIKIR DAN TAZKIR
“Berilah peringatan kerana peringatan itu berguna bagi orang-orang beriman.” (Az-Zariyat : 55)
“Apabila kamu melalui kebun syurga, bersenang-senanglah di dalamnya.”
“Manakah kebun syurga itu?” tanya yang hadir.
“Majlid-majlis zikir.” (Turmizi)
“Allah Ta’ala mempunyai banyak malaikat yang mengembara dalam dunia selain para malaikat yang ada hubungan dengan makhluk. Apabila mereka melihat majlis zikir, lalu mereka saling panggil-memanggil satu sama lain, dengan mengatakan : “Pergilah kepada kesayangan masing-masing.” Lalu pergilah mereka mengelilingi dan mendengar. Dari itu, berzikirlah kepada Allah dan peringatilah dirimu sendiri.” (Bukhari, Muslim)
Oleh kebanyakan juru nasihat pada masa sekarang, kita lihat mengambil yang sedemikian itu lalu membiasakan dengan ceritera-ceritera, syair-syair, doa-doa dan kata-kata yang tidak difahami dan pemutaran perkataan-perkataan agama.
Adapun cerita-cerita, maka itu bid’ah. Telah datang dari ulama-ulama terdahulu, larangan duduk mengelilingi tukang-tukang cerita itu. Mereka mengatakan bahawa tidak ada yang sedemikian pada masa Rasulullah saw. Dan tidak ada pada masa Abu Bakar dan Umar, sehingga lahirlah fitnah dan timbullah tukang-tukang cerita.
Diriwayatkan bahawa Ibnu Umar keluar dari masjid seraya mengatakan : “Aku dikeluarkan oleh tukang cerita itu. Kalau tidaklah kerana dia maka tidaklah aku keluar.”
Al-A’masy masuk ke masjid jamik Basrah. Maka dilihatnya seorang tukang cerita sedang bercerita dan mengatakan : “Diterangkan hadith kepada kami oleh Al-A’masy.” Maka Al-A’masy pun masuk ke tengah-tengah rombongan itu sambil mencabut bulu ketiaknya.
Maka tukang cerita itu berkata : “Tuan, tidakkah berasa malu?” Sahut Al-A’masy : “Mengapa? Bukankah saya berbuat sunnah dan saudara berbuat dusta?” Saya Al-A’masy dan tidak pernah menceritakan hadith kepada saudara.”
Ali r.a. menghalau tukang cerita dari masjid jamik Basrah. Tatkala didengarnya yang bercerita itu Al-Hasan Al-Basri, maka tidak dihalaunya kerana Al-Hasan memperkatakan tentang ilmu akhirat dan berfikir tentang mati, mengingatkan kekurangan diri, bahaya amal, gurisan syaitan dan cara menjaga diri daripadanya. Dia mengingatkan kepada segala rahmat Allah dan nikmatNya, kepada keteledoran hamba pada mensyukuri-Nya. Dia memperkenalkan kehinaan dunia, kekurangan, kehancuran dan kepalsuan janjinya, bahaya akhirat dan huru-haranya.
Atha’ berkata : “Majlis zikir itu menutupkan 70 majlis yang sia-sia.”
Jika cerita itu termasuk cerita nabi-nabi a.s. yang berhubungan dengan urusan agama dan tukang ceritanya itu benar dan ceritanya tidak salah, maka menurut saya (Imam Al-Ghazali), dibolehkan.
Adapun syair, maka dicela membanyakkannya dalam pengajaran.
Kebanyakan syair yang dibiasakan oleh juru-juru nasihat ialah apa yang menyangkut dengan penyifatan kepada kerinduan, keelokan yang dirindukan, senangnya ada hubungan dan pedihnya berpisah.
Majlis itu dikunjungi oleh rakyat banyak yang bodoh-bodoh. Perutnya penuh dengan hawa nafsu, hatinya tidak terlepas daripada menoleh kepada rupa yang amnis. Dari itu syairnya tidak bergerak dari jiwanya kecuali ia terpaut padanya. Maka berkobarlah api hawa nafsu padanya, lalu mereka berteriak dan menari-nari.
Dari itu tidaklah sayugianya dipakai syair kecuali ada padanya pengajaran atau hikmah untuk jalan petunjuk dan pelunakan hati. Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya sebahagian daripada syair itu mengandungi hikmah.” (Bukhari)
Jika majlis itu dihadiri orang-orang tertentu yang mempunyai perhatian kepada ketenggelaman hati dengan cinta kepada Allah Ta’ala dan tidak ada golongan lain dalam majlis tersebut, maka bagi mereka tidak ada melaratnya syair itu, yang zahiriahnya menunjukkan kepada hubungan sesama makhluk. Kerana pendengarnya dapat menempatkan apa yang didengarnya menurut panggilan hatinya, sebagaimana akan diterangkan nanti pada “Kitab Pendengaran”.
Dan kerana itulah Al-Junaid berbicara kepada lebih kurang 10 orang. Kalau mereka sudah banyak, dia tidak berbicara. Dan tidaklah pernah sekali-kali yang menghadiri majlisnya sampai 20 orang.