26.1.12

Video Syarah Ihya Ulumiddin 160-166 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 160

http://www.youtube.com/watch?v=_4_Lfd3hXQw
- Kuliah Syarah Ihya' ke-26.
- Zikir harian Imam Al-Ghazali.
- Istilah-istilah agama yang berubah.
- Istilah2 biasa yang berubah.
- Istilah 'fiqh' yang asal dan yang sudah terubah.
WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 161
http://www.youtube.com/watch?v=8Z2OoSW1azw
- Istilah 'fiqh' disalahguna untuk mendapatkan keduniaan.
- Ulama2 fiqh yg tersasar perintahahkan kitab Ihya' dihapuskan.
- Istilah 'ilmu' dan 'tauhid' yang sudah terubah maknanya.
- Ilmu fardhu 'ain yang merupakan 'jalan' ke akhirat.
- Bekalan ke akhirat vs 'jalan' ke akhirat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 162
http://www.youtube.com/watch?v=f4chhzPU9H0
- Bekalan banyak, 'jalan' tak ada. Macam mana?
- Kulit2 tauhid dan isinya.
- Kulit tauhid 1

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 163
http://www.youtube.com/watch?v=Hk6PzmWsd7I
- Kulit tauhid yang kedua.
- Bolehkah berhenti sekejap dari agama?
- Ahli2 ilmu kalamlah penjaga kulit tauhid kedua.
- 2 kulit tauhid sudah diketahui. Apakah isi tauhid?
- Pandang dekat vs pandang hakikat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 164
http://www.youtube.com/watch?v=zIQ-vXTviy8
- Hawa nafsu sebagai Tuhan?
- Bom nuklear vs sifat mazmumah!Link
- Fahaman ASWJ

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 165
http://www.youtube.com/watch?v=X8Sr3eE6bQA
Syariat dan hakikat
- Tolak amal, pakai hakikat sahaja?
- Ahli Sunnah wal Jamaah

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 166
http://www.youtube.com/watch?v=joN6oqOusq8
- Apakah maksud sebenar "wajjahtu"?
- Allah bertempat dan berarah? Habis... Siapa yang menciptakan tempat dan arah?
- Akal cerdik, hati kosong.


PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-26

KULIT PERTAMA – iaitu anda mengucapkan dengan lisan “Laa Ilaaha illAllaah”.

Ini dinamakan tauhid melawan tatslits (kepercayaan triniti) yang ditegaskan oleh orang Nasrani. Tetapi ucapan tersebut kadang-kadang datang dari orang munafik, yang berlawanan batinnya dengan zahirnya.

KULIT KEDUA - Iaitu tidak ada dalam hati (apa-apa) yang menyalahi dan berlawanan dengan pengertian ucapan tadi. Bahkan yang zahir dari hati melengkapi kepada aqidahnya. Dan demikian juga membenarkannya. Iaitu tauhid orang awam. Dan para ahli ilmu kalam sebagaimana yang diterangkan dahulu adalah penjaga kulit ini daripada gangguan golongan bid’ah.

YANG KETIGA IAITU ISI – Bahawa ia melihat keadaan seluruhnya daripada Allah Ta’ala dengan tidak menoleh kepada perantaraan, dan ia berabdi kepada-Nya dengan ibadah yang tunggal kepada-Nya. Tidak ia berabdi yang lain.

Dan keluarlah dari tauhid ini orang-orang yang menuruti hawa nafsu. Maka setiap orang yang mengikuti hawa nafsunya, (sesungguhnya) dia telah mengambil hawa nafsunya menjadi Tuhannya.

“Adakah engkau melihat orang yang mengambil hawa nafsunya menajdi Tuhannya?” (Al-Jathiyah : 23)

“Tuhan yang disembah di bumi, yang sangat dimarahi oleh Allah Ta’ala ialah hawa nafsu.” (Thabrani, dengan isnad dhaif)

Dan di atas yang sebenarnya, barang siapa memerhatikan, tentu mengerti bahawa penyembah berhala sebenarnya tidaklah ia menyembah berhala, tetapi ia menyembah hawa nafsunya, kerana nafsunya itu condong kepada agama nenek moyangnya lalu ia mengikuti kecondongan itu. Dan kecondongan nafsu kepada kebiasaan-kebiasaan adalah salah satu pengertian.

Dan keluarlah dari tauhid ini, (sikap) menaruh kemarahan kepada makhluk dan berpaling kepada mereka. Maka orang yang melihat seluruhnya berasal daripada Allah Ta’ala, bagaimana akan marah kepada yang lain? Dari itu, tauhid adalah ibarat dari tingkat ini, iaitu tingkat orang-orang siddiq.

Dari itu perhatikanlah, ke mana diputarkan erti tauhid dan kulit mana yang dirasa puas. Hal ini seumpama kosongnya orang yang pagi-pagi benar sudah menghadap qiblat dan membaca : “Aku menghadapkan wajahku kepada Yang Menjadikan langit dan bumi, aku memeluk agama yang benar...”

Dan itu adalah permulaan pendustaan dia menghadap Allah setiap hari sekiranya wajah hatinya tidak menghadap Allah Ta’ala secara khusus.

Sesungguhnya jika maksudnya dengan “wajah” itu ialah wajah secara zahir, maka adalah tujuannya ke Ka’abah dan tidak menuju ke lain jurusan.

Ka’abah tidaklah menjadi pihak bagi Allah yang menjadikan langit dan bumi, sehingga orang yang menghadap ke Ka’abah bererti menghadap kepada Allah Ta’ala. Maha Suci Allah daripada berpihak dan berdaerah.

Sekiranya maksud “wajah” itu ialah “wajah hati” dan memang itulah yang dimaksudkan oleh setiap orang yang beribadah, maka bagaimanakah dapat dibenarkan ucapannya sedangkan hatinya bolak-balik kepada kepentingan dan keperluan duniawinya? Dan mencari daya upaya mengumpulkan harta, kemegahan dan memperbanyak sebab-sebab dan perhatian seluruhnya untuk yang demikian.

Maka bilakah ia menghadapkan “wajahnya” kepada Allah yang menajdikan langit dan bumi?

Perkataan ini adalah menerangkan hakikat tauhid. Seorang yang bertauhid, ia tidak melihat melainkan Yang Esa dan tidak menghadapkan wajahnya melainkan kepada Yang Esa itu.

ZIKIR DAN TAZKIR

“Berilah peringatan kerana peringatan itu berguna bagi orang-orang beriman.” (Az-Zariyat : 55)

“Apabila kamu melalui kebun syurga, bersenang-senanglah di dalamnya.”

“Manakah kebun syurga itu?” tanya yang hadir.

“Majlid-majlis zikir.” (Turmizi)

“Allah Ta’ala mempunyai banyak malaikat yang mengembara dalam dunia selain para malaikat yang ada hubungan dengan makhluk. Apabila mereka melihat majlis zikir, lalu mereka saling panginggil-memanggil satu sama lain, dengan mengatakan : “Pergilah kepada kesayangan masing-masing.” Lalu pergilah mereka mengelilingi dan mendengar. Dari itu, berzikirlah kepada Allah dan peringatilah dirimu sendiri.” (Bukhari Muslim)