5.1.12

Video Syarah Ihya Ulumiddin 146-152 (dan nota)

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 146

http://www.youtube.com/watch?v=cwmVtXzctlY
- Kuliah ke-24.
- Fatwa2 aneh 2011.
- Semua ilmu bagus.
- Bagaimana boleh ada ilmu2 tercela?
- Tentang istidraj.
- Nabi Muhammad disihir.
- Amalan ampuh pendinding sihir.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 147
http://www.youtube.com/watch?v=u1nCEGEF82U
- Amalan Nabi sebelum tidur.
- Ilmu nujum.
- Ilmu ramalan cuaca.
- Jenis-jenis takdir.
- Perihal Harut dan Marut.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 148
http://www.youtube.com/watch?v=Yc9D8TIVB1E
- Ilmu Harut dan Marut.
- Kisah mulut ke mulut tentang Harut dan Marut.
- Kuliah Syarah Ihya' ke-24 bermula.
- 3 sebab tercelanya ilmu nujum.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 149
http://www.youtube.com/watch?v=1tdbfbNVLAI
- 12 zodiak/ nujum.
- Ketentuan diri mengikut bulan lahir?
- Bintang-bintang jadi Tuhan?
- Pandang dekat vs pandang hakikat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 150
http://www.youtube.com/watch?v=ZNC3D5e7J1Q
- Lagi punca ilmu nujum dilarang.
- Kisah Nabi Idris.
- Ilmu kedoktoran dan ta'bir mimpi dibenarkan.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 151
http://www.youtube.com/watch?v=ZpBQmVIybxI
- 1/46 kenabian.
- Ilmu tidak berfaedah termasuk ilmu yang tercela.
- Menyombong dalam belajar.
- Kebodohan yang bermanfaat.

WANGIAN HIKMAH AL-GHAZALI 152
http://www.youtube.com/watch?v=ZWeNjTnWJJw
- 40 hari lagi nak mati.
- Kata Nabi Isa...

PENGAJIAN KITAB IHYA’ ‘ULUMIDDIN kali ke-24

Kuliah Maghrib kali ke-108

Dilarang pengetahuan (ilmu nujum) tersebut dari tiga segi :

1. Bahawa ilmu itu memberi melarat kepada kebanyakan orang, sebab apabila diterangkan kepada mereka bahawa hal-hal itu terjadi akibat perjalanan bintang-bintang, lalu tumbuhlah anggapan dalam hati mereka bahawa bintang-bintang itu dapat memberi bekas.

Bintang-bintang pengatur nasib :

1. Aries – kambing jantan.

2. Taurus – lembu jantan.

3. Gemini – anak kembar.

4. Cancer – ketam.

5. Leo – singa.

6. Virgo – wanita.

7. Libra – dewi keadilan/alat timbangan

8. Scorpio – kala jengking.

9. Sagitarius – pemanah.

10. Capricon – kambing jantan

11. Aquarius – penuang air.

12. Pisces – sepasang ikan.

Dan bahawa bintang-bintang itu tuhan-tuhan pengatur., kerana ia zat mulia di langit. Lalu terputuslah dari hati ingatan kepada Allah Ta’ala.

Seorang yang dalam ilmunya, memandang bahawa matahari, bulan dan bintang itu menurut perintah Allah Ta’ala.

Pandangan seorang yang lemah iman kepada adanya cahaya matahari sesudah terbit, adalah seumpama semut. Jika dijadikan baginya akal dan ia berada di atas secarik kertas, lalu memandang kepada kehitaman tulisan yang terus membaru, maka ia beriktiqad bahawa hal itu perbuatan pena, dan tidak meningkat pandangannya kepada memperhatikan anak jari. Kemudian dari jari, kepada tangan, kemudian kepada kemahuan menggerakkan tangan itu. Kemudian dari tangan kepada penulis itu sendiri yang bertenaga dan berkemahuan. Kemudian dari penulis itu kepada Yang Menjadikan tangan, kemampuan dan kemahuan.

Kebanyakan pandangan manusia terbatas kepada sebab-sebab yang dekat, yang di bawah, terputus dari peningkatan kepada yang menyebabkan sebab-sebab itu. Inilah salah satu sebab pelarangan ilmu nujum.

2. Sesungguhnya keputusan-keputusan ilmu nujum itu adalah tekaan semata-mata. Maka keputusan dari nujum itu adalah keputusan dengan kebodohan.

Adalah yang demikian itu suatu mukjizat bagi Nabi Idris a.s. menurut yang diriwayatkan. Ilmu nujum itu sudah lenyap, tersapu dan terhapus.

3. Bahawa tidak ada faedahnya ilmu nujum itu. Sekurang-kurang keadaannya ialah terperosok ke dalam perbuatan yang sia-sia, yang tidak perlu membuang –buang umur yang amat berharga bagi manusia pada perkara yang tidak berfaedah. Itulah satu kerugian yang tidak berkesudahan.

Kecuali ilmu kedoktoran, maka ilmu itu diperlukan. Kebanyakan dalil-dalinya dapat diselidiki.

Dan terkecuali juga ilmu menta’birkan mimpi, walaupun ia merupakan tekaan tetapi adalah sebahagian daripada 46 bahagian daripada kenabian, dan tidak ada bahaya padanya.

SEBAB KETIGA

Terjun ke dalam ilmu yang tidak memberi faedah kepada orang itu dari ilmunya. Ilmu seperti itu adalah tercela terhadap orang itu, seperti dipelajarinya ilmu yang halus-halus sebelum yang kasar-kasar, dipelajarinya ilmu yang tersembunyi sebelum ilmu yang terang, dan seperti diperbincangkannya tentang rahsia keTuhanan (al-asraril Ilahiyah).

Berapa banyak orang yang terjun ke dalam ilmu pengetahuan dan beroleh kemelaratan. Jikalau tidaklah ia terjun ke dalam ilmu pengetahuan itu, nescaya adalah halnya lebih baik dalam agama daripada apa yang telah terjadinya padanya.

Dan tidak dapat dinafikan, adanya ilmu yang mendatangkan kemelaratan bagi sebahagian manusia, seumpama melaratnya daging burung dan beberapa macam kuih yang enak rasanya kepada bayi yang masih menyusu. Bahkan banyak orang yang berguna baginya kebodohan dalam beberapa hal.

Nabi Isa a.s pernah berkata : “Alangkah banyaknya pohon kayu dan tidaklah semuanya berbuah. Alangkah banyaknya buah-buahan dan tidaklah semuanya baik. Dan alangkah banyaknya ilmu pengetahuan dan tidaklah semuanya berguna.”

http://syarahihya.blogspot.com/